Ahad, 24 September 2017

10 MUHARAM DALAM ISLAM


- Gambar hiasan -

10 Muharam atau dikenali sebagai Hari 'Asyura merupakan satu-satunya hari yang teristimewa dan penting di dalam islam. Banyak peristiwa yang bersejarah telah berlaku pada hari tersebut antaranya ...
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit. 
  3. Nabi Nuh diselamatkan daripada banjir besar yang menenggelamkan bumi selama enam bulan. 
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob. 
  8. Nabi Isa diangkat ke langit. 
  9. Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulitnya 
  10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam. 
  11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada Firaun. 
  12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  14. Hari pertama Allah mencipta alam. 
  15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat. 
  16. Hari pertama Allah menurunkan hujan
  17. Allah menjadikan Arasy. 
  18. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 

Oleh yang demikian, kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut dan ditambah dengan satu hari sebelumnya ( 9 Muharam).

  10 MUHARAM MENURUT SYIAH 

Bagi masyarakat Syiah khususnya di ibu kota Teheran (Iran), Karbala (Iraq), Lucknow (India) dan Nabatiye (selatan Lebanon), Hari Asyura merupakan hari mereka berdukacita.

Setiap tahun bermula dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan berlanjutan selama 40 hari (Arbaen), mereka akan mengadakan upacara berkabung kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain bin Ali yang syahid di Karbala pada tanggal 10 Muharram tahun 61 Hijrah.


Mereka akan mengadakan pelbagai upacara yang mencederakan diri sendiri seperti menampar-nampar muka dan dada, melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah.

Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang digelar  "Zakir Husain" akan mendendangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.

  PENDIRIAN AHLUS SUNNAH  

Bagi Ahlus Sunnah sepakat mengatakan bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a.

Sabda Rasulullah s.a.w. 
"Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."
HR Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman.



Tiada ulasan: