Sabtu, 12 Disember 2009

10 MUHARAM DI DALAM ISLAM


10 Muharam atau dikenali sebagai Hari Asyura merupakan satu-satunya hari yang teristimewa dan penting di dalam islam

Banyak peristiwa yang bersejarah telah berlaku pada hari tersebut.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata:  " Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka ( orang Yahudi ) menjawab, " Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini ". Maka sabda Nabi saw: " Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."  Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa ".

Selain daripada peristiwa diatas, banyak lagi peristiwa bersejarah yang lain yang berlaku pada 10 Muharam antaranya
• Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
• Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
• Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
• Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
• Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
• Nabi Isa diangkat ke langit.
• Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
• Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Hari pertama Allah mencipta alam.
• Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
• Puasa Sunat Asyura 10 Muharam

Hadis-hadis mengenai puasa sunat 10 Muharam:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunat sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

Berdasarkan kepada hadith di atas, Imam Syafi’e mengatakan bahawa hukum berpuasa pada 10 Muharam ( puasa Asyura ) ini adalah sunat yang sangat-sangat dituntut.

10 Muharram pada pandangan Syiah

Bagi masyarakat Syiah khususnya di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, Hari Asyura adalah hari mereka berdukacita.

Setiap tahun bermula dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan berlanjutan selama 40 hari (Arbaen),penganut-penganut Syi'ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain bin Ali yang terbunuh di Karbala  pada tanggal 10 Muharram tahun 61 Hijrah.

Mereka akan mengadakan pelbagai upacara seperti menampar-nampar muka dan dada, menyiksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah.

Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang di gelari dengan nama "Zakir Husain" akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.

Bagi Ahlus Sunnah sepakat mengatakan bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman).


Sabtu, 2 Mei 2009

SILA SEMAK ARAH QIBLAT ANDA



Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini pada setiap tahun iaitu


Bagi sahabat-sahabat di Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia akan berpeluang menyemak arah qiblat tempat masing-masing pada dua tarikh dan masa seperti di atas.  

Ketika itu di Mekah ( Arab Saudi ) matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Jadi seandainya kita pacak sebatang tiang maka bayang tiang itu menghala ke matahari akan membetuli arah qiblat.




Bagi sahabat yang berada di Jordan dan lain-lain tempat seluruh dunia boleh lakukannya mengikut kaedah diatas tetapi sebelum itu kena pastikan dahulu waktu di tempat anda berada mestilah bersamaan jam 12.16pm (28hb. Mei ) ataupun 12.28pm (16hb. Julai ) waktu di Arab Saudi ( Mekah )

Catatan

Tidak semua negara didunia boleh menentukan arah qiblat berpandukan cara ini. Sebagai panduan 
negara negara dalam kawasan kuning dan coklat sahaja  ( jika tidak hujan ) boleh menggunakan kaedah ini selebihnya kawasan berwarna hitam ketika matahari berada di atas kaabah telahpun gelap.



SELAMAT MENCUBA

Selasa, 27 Januari 2009

GERHANA MATAHARI DI KUALA LUMPUR



Pada 26 Januari 2009, Gerhana Matahari Anulus telah berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia
Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan
Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia (kecuali Tasmania), India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia Secara amnya, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam rajah
Saya dan keluarga tidak melepaskan peluang ini. Fenomena gerhana berlaku pada jam 4.30 petang tapi kami jam 12.30tengahari dah terpacul kat planetarium Negara. (Kirakan orang pertamalah tu ).

Di Galeri Pameran saya sempat berkenalan dengan seorang pelancong dari United Arab Emarite (UAE). Namanya ialah Abdul Rahman Al Hareeri atau Abu Imran. Beliau telah berada di Malaysia sejak sepuluh hari lepas akan pulang ke UAE pada pagi esok.




Gambar sebelah ni bukannya tengok anak bulan nak tentukan raya tak raya . Benda Allah ini bukannya teropong ajaib Laksamana Doremi. Sebenarnya alat inilah yang digunakan untuk melihat gerhana matahari. Ketika ini jam menunjukkan pukul 4.45 petang -gerhana baru je bermula





Cara lain untuk melihat gerhana matahari ialah dengan menggunakan cermin mata penuras. Di sini ianya diberikan secara percuma kepada pengunjung tapi ... nak dapatkannya kenalah beratur panjang dulu.Oh ya! melihat gerhana matahari tanpa menggunakan cermin mata ini boleh menyebabkan mata kita menjadi buta .
Pukul 5.50 petang adalah waktu puncak bagi gerhana matahari - ketika itu saya dan keluarga berada di Masjid Negara

Subhanallah, Sungguh Menakjubkan
رَبَّنَا مَا خَلْقتَ هَذاَ بَاطِلاً
Ya Allah tidak Engkau jadikan semua ini Sia-sia

Sesungguhnya kejadian gerhana matahari adalah bukti bahawa Allah Maha Berkuasa atas sesuatu
Maksud Firman Allah

"Dan sesungguhnya Allah pasti akan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya pada setiap ufuk sehinggalah jelas kepada mereka kebenaran itu"