Khamis, 23 Mei 2019

MATAHARI DAN SOLAT

Sang Suria ataupun matahari memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari hari. Tanpanya manusia akan hidup dalam kegelapan tanpa cahaya.

 💜 Firman Allah 


وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ﴿١٦﴾ نوح

Maksudnya
Dan Ia menjadikan bulan padanya sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai lampu.
Surah Nuh ayat 16

Dengan adanya matahari, kita boleh menghitung hari, bulan dan tahun serta mengetahui kadatangan musim sejuk dan musim panas.

 💜 Firman Allah 

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ  وَالْحِسَابَ ﴿٥﴾ يونس

Maksudnya
Dia lah yang menjadikan matahari sebagai sinaran dan bulan itu cahaya dan Dia lah yang menentukan tempat-tempat peredaran tiap-tiap sesuatu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Surah Yunus ayat 5

PERANAN MATAHARI DENGAN IBADAH SOLAT

💚💛 MENENTUKAN ARAH
💜💖 QIBLAT

Matahari juga memainkan peranan penting dalam menentukan arah qiblat.

Dua tarikh dibawah ini adalah tarikh yang paling sesuai untuk menentukan arah qiblat iaitu

  •  28 Mei   ( 5.16 pm )  
  •  16 Julai ( 5.28 pm )  

Ini adalah kerana matahari ketika itu berada betul di atas kaabah.  Sekiranya kita pacakkan sebatang tiang pada dua tarikh ini maka bayang tiang tersebut itulah dia arah qiblat.


💚💛 MENENTUKAN MASUK 
💜💖 WAKTU SOLAT

Begitu juga dalam menentukan masuk waktu solat, matahari juga turut memainkan peranannya.

Mungkin kita disini akan berkata ...
Apa perlunya matahari, bukankah kita sudah ada jadual waktu solat yang lengkap". 

Hakikatnya jadual waktu solat yang ada pada kita adalah hasil penelitian pergerakan matahari selama setahun dengan berpandukan kepada isyarat isyarat yang telah dinyatakan oleh Baginda Rasul.



 💖 WAKTU ZOHOR 💖 
Gelincir matahari hingga panjang bayang objek sama panjang dengan objek. 

 💖 WAKTU ASAR 💖 
panjang bayang objek sama panjang dengan objek hingga sebelum matahari kekuningan. 

 💖 WAKTU MAGHRIB 💖 
Matahari kekuningan hingga hilangnya cahaya mega merah (Syafak Ahmar). 

 💖 WAKTU ISYAK 💖 
Hilang syafak ahmar sehingga tiga perempat malam. 

 💖 WAKTU SUBUH 💖 
 Terbitnya fajar dan berakhir apabila terbit matahari.

HR : Muslim Daripada Abdullah Ibni Amru

💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜

Jadual waktu solat sesebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah tidak sama.

Keadaan ini kita akan faham sendiri apabila kita berada di negara yang mempunyai empat musim.

Sebagai contoh masuk waktu solat Maghrib di Jordan pada musim sejuk adalah pukul 430pm.

Ketika itu di sana telah kelihatan mega merah di kaki langit yang menunjukkan telah masuknya waktu Maghrib.

Ini disebabkan ketika itu Matahari berada di Kutub Selatan maka Jordan dan negara negara di kutub utara yang berjauhan dari Matahari akan menerma pengaruh siang yang singkat berbanding negara negara di kutub selatan.


Seandainya kita gunakan jadual waktu solat Malaysia di Jordan pada musim sejuk maka jawabnya kita akan solat
  • Zohor pada waktu Asar
  • Asar pada waktu Maghrib 
  • Maghrib pada waktu isyak.

Berikut adalah jadual waktu solat di Jordan yang dicatat pada 21.5.2019 iaitu sebulan SEBELUM masuknya Musim Panas.



Itu di Jordan, waktu solat di Malaysia pun berubah ubah dari sehari ke sehari. Berikut ini jadual waktu solat bagi Kuala Lumpur pada tahun 2017.

               ---------  Tarikh  ---------   
 SOLAT   12hb.Feb  1hb. Nov  
SUBUH    6.10 am    5.40 am
ZOHOR    1.30 pm   1.00 pm
ASAR       4.50 pm    4.20 pm
Maghrib  7.30 pm    6.58 pm
ISYAK       8.40 pm    8.09 pm


💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜

Rujukan

Sila klik pada pautan berkaitan

  1. Jadual Waktu Solat (Semasa) di Jordan
  2. Hadith isyarat masuk waktu Solat

💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜