25 Disember 2010

KONSPIRASI DISEBALIK PERISTIWA KARBALA




Tanggal 10 Muharam tahun 61H, Saidina Hussain bin Ali cucu kesayangan Rasulullah s.a.w telah dibunuh dengan kejamnya di Karbala

BERLAKUNYA PERISTIWA KARBALA 


Apabila  Muawiyah  bin Abu Sufian r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyah r.a  telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah  dipersetujui ( bai’ah )  oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup  termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam.

Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah  menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai  khalifah yang baru.

Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada  Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka  bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain  malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta  menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka  Saidina Hussain  mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan  sebenar di Kufah.. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta  niat beliau ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga  beliau bagi mendengar pandangan mereka.

Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti  ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin  Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin  Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id  al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut.

Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, yang  terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina  ‘Ali serta  Saidina Hassan r.a. 


Mereka berpendapat bahawa  sokongan kuat yang  datang dari penduduk Kufah hanyalah PALSU dan tindakan mereka ini merupakan MUSLIHAT mereka untuk menimbulkan kacau bilau di dalam masyarakat Islam.



Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai apatah lagi mengetuai  pemberontakan penduduk Kufah. 


Rasulullah s.a.w. pernah melarang umatnya melakukan pemberontakan terhadap  pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah..

Ternyata pujuk rayu  mereka gagal untuk menghalang hasrat beliau untuk ke Kufah.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka  Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad  serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan  Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.

Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:  



"Saya  mendapat tahu bahawa Hussain
 telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah
  di kawasan-kawasan perbatasan negeri. 
Sesiapa yang diragui, tahanlah  dia
 dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia.
Tetapi jangan engkau  perangi kecuali 
orang yang memerangimu 
dan tulislah selalu kepadaku  tentang
 apa yang berlaku". –

 Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid  8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di  Karbala yang ditulis oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff.

SIAPA SEBENARNYA PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN


Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu  konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum  Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin  Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke  bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain  membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya  menuju ke Syam untuk menemui Yazid.





Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut  kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah  segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat  Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah  lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan  mereka bertembung di Karbala.

Menurutnya lagi: Sejarah memaparkan bahawa Syits bin  Rab’ie ( seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 40,00 bala tentera  untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun  dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain 

Mulla Baaqir  Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh  Sayyidina Hussain di Karbala.

‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a  ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Nabi yang besar  kedudukannya telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian  Saidina Hussain.

Bahkan ulamak Syi’ah sendiri,  Mulla Baaqir Majlisi juga telah  meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di  Karbala:


"Wahai orang-orang Kufah!  
Semoga kamu dilaknat sebagaimana 
dilaknat niat-niat jahat kamu.
 Wahai  orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! 
Kamu telah menjemput  kami 
untuk membela kamu di waktu kesempitan 
tetapi bila kami datang 
 untuk membela kamu dengan
 menaruh kepercayaan  kepada kamu 
maka sekarang  kamu hunuskan 
pedang dendammu kepada kami 
dan kamu membantu musuh-musuh 
 di dalam menentang kami." –


 Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Jadi apa yang kita dengar selama ini yang menyatakan Yazid adalah orang  yang mengarahkan agar Saidina Hussain dibunuh dan kepalanya dipenggal  serta dipersembahkan kepadanya adalah PALSU dan tidak benar sama sekali.

Kebanyakan cerita – cerita seperti ini telah diriwayatkan oleh Abu  Mikhnaf, al-Saaib al-Kalbi dan anaknya Hisyam yang merupakan penganut  fahaman Syi’ah Rafidhah yang ekstrim dan mereka telah dituduh sebagi  pendusta oleh ulamak-ulamak Rijal (ilmu mengkaji biografi para perawi).



Kesedihan yang ditonjolkan pengikut Syiah kononnya meratapi kematian Saidina Hussain tidak lain hanyalah  LAKONAN dan SANDIWARA semata mata ingin meraih simpati merekalah orang yang paling setia dengan Saidina Hussain.

17 Ogos 2010

PERISTIWA PEMBUNUHAN DI HEBRON

-->
Subuh Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994, dunia telah dikejutkan dengan trajedi pembunuhan beramai-ramai di Hebron, Palestin. Tindakan bacul ini dilakukan ketika umat islam sedang sujud di rakaat kedua (sujud yang terakhir ) solat Subuh.
-->
Baruch Kappel Goldstein seorang ekstremis Yahudi warga Amerika dari gerakan radikal Kach, adalah orang yang bertanggung jawab melakukan jenayah terancang ini.Goldstein bertugas sebagai seorang doktor sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. Beliau yang tinggal di Kampung Kiryat Arba (كريات أربع) berhampiran bandar Al Khalil (Hebron) pernah mengikuti latihan ketenteraan di beberapa buah kem latihan Zionis.

Pada tanggal 25hb. Febuari  1994 bersamaan 15 Ramadhan 1414H, ketika umat islam sedang mengerjakan solat subuh, Goldstein muncul di pintu masjid dan terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah para jamaah yang sedang sujud di rakaat yang terakhir .
Darah merah mengalir membasahi seluruh ruang masjid. Seramai 29 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mendapat kecederaan.
Goldstein  telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan namun pihak mahkamah Yahudi  telah mengisytiharkannya sebagai  gila. Goldstein kembali hidup bebas seperti sebelumnya sehinggalah beliau berjaya dibunuh pada 26/10/2008.

Kesan dari trajedi ini Ppihak Yahudi telah menutup Masjid Ibrahim  dan memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya serta memperuntukkan bahawa tempat ini (makam Nabi Yaakub dan isterinya ) adalah untuk orang yahudi sahaja. Makam ini hanya dibuka untuk orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun iaitu pada awal Muharam, hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, tiga hari Tasyrik dan 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan. Selain daripada itu pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam dikunci oleh pihak tentera Rejim Zionis termasuklah bangunan Mahkamah Syariah, pejabat Agama Islam, pejabat pembangunan dan lain-lain.




Perjanjian damai yang ditandatangani pada 13 September 1993 adalah semata-mata ingin mendapatkan pengiktirafan dari dunia Arab tentang kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka di bumi Palestin. Hakikatnya orang-orang Yahudi pasti tidak akan senang dengan umat Nabi Muhamad sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 120



Dalam perjanjian ini Rejim Yahudi kononnya  bermurah hati untuk menyerahkan Ghaza dan Jericho  kepada Palestin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yahudi atas pengiktirafan akan kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka. 

Dahulunya kedua-dua wilayah ini adalah milik Mesir dan Jordan kemudian dirampas oleh Yahudi dalam Perang Arab Yahudi pada tahun 1967. Penyerahan Ghaza dan Jericho adalah semata-mata umpan sahaja dan orang Yahudi berhak menarik balik ( menjajah semula ) kedua-dua wilayah ini bila-bila masa sahaja.

Perjanjian yang penuh tipu muslihat ini menyaksikan bagaimana  kawasan-kawasan suci umat islam seperti Hebron dan Baitul Muqaddis tidak lagi menjadi milik rakyat Palestin sebaliknya telah diserahkan kepada satu bangsa yang dilaknat oleh Allah sehingga hari Qiamat. Ini bermakna Hebron dan Baitul Maqdis bumi kelahiran anbiya' yang menempatkan masjid Al Aqsa dan makam Nabi Ibrahim serta anak keturunannya kini telah menjadi wilayah yang ditadbir oleh orang Yahudi.

Trajedi pembunuhan di Hebron  telah menjadi bukti yang nyata kepada kita. Tidak sampai enam bulan perjanjian damai dimeterai ( 13 September 1993 - 25hb Febuari 1994 ) telah berlaku satu pembunuhan yang sememangnya telah dirancang sebelum perjanjian damai. Bila berlakunya  trajedi ini dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kejadian ini berlaku di Hebron dan Hebron ( selepas perjanjian damai ) menjadi salah satu daripada wilayah - wilayah yang ditadbir oleh negara Yahudi.  

Ringkasnya sebagai sebuah negara Yahudi yang telah  merdeka dan diiktiraf akan kewujudannya, trajedi seumpama ini disifatkan sebagai masalah  dalaman sebuah negara Yahudi dan tidak lagi masalah orang Palestin .

 
-->
Inilah dia tipu muslihat Yahudi. Bayangkan berapa banyak perjanjian mereka dengan Allah sewenang-wenangnya mereka langgar- inikan pula perjanjian dengan manusia khususnya umat Nabi Muhamad yang mereka anggap sebagai musuh mereka yang paling utama. Cukuplah kisah kisah mereka di dalam AlQur'an menjadi iktibar dan pengajaran buat kita selama-lamanya. Kita tidak perlu mempercayai janji- janji manis yang ditaburkan oleh mereka. Setiap apa yang datang dari mereka merupakan tipu muslihat mereka untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hajatkan.

Ibaratkan dulu mereka tiada rumah, mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Kini mereka dah ada rumah ( negara ) mereka boleh melakukan apa sahaja termasuklah mengusahakan kuasa nuklear dan senjata canggih untuk membunuh rakyat Palestin. Sesungguhnya perjanjian damai ini adalah platfom mereka untuk menjajah negara Palestin dan kawasan sekitarnya.

والله أعلم.

16 Mei 2010

ILMU QIRAAT


Kalimah Qiraat adalah jamak daripada perkataan qiraah yang berarti “bacaan” yang telah ditetapkan berdasarkan sanad-sanadnya sampai kepada Rasulullah.

Diantara para sahabat yang terkenal mengajar qiraat ialah 

  1. Ubai bin Kaab r.a, 
  2. Ali bin Abi Thalib ra, 
  3. Zaid bin Harithah r.a, 
  4. Ibn Masud r.a dan 
  5. Abu Musa al Ansary r.a .. 
Dari mereka inilah sebahagian besar Sahabat dan Tabi`in di berbagai negeri belajar ILMU Qiraat.

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT

Pada permulaan abad pertama Hijrah ( zaman Tabi’in ), tampillah sejumlah ulama yang membulatkan tenaga dan perhatian
terhadap masalah Qiraat secara sempurna . Mereka menjadikannya sebagai suatu disiplin ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana mereka lakukan terhadap ilmu-ilmu syariat yang lainnya, sehingga mereka berjaya melahirkan Imam dan ahli Qiraat yang diikuti dan dipercaya. 

Bahkan dari generasi ini dan generasi sesudahnya terdapat tujuh orang terkenal sebagai imam Qiraat hingga ke hari ini.

IMAM - IMAM QIRAAT


  1. Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Sifahan dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya ialah Qalun dan Warasy 
  • Qalun : Beliau ialah Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad al Madani. Ia adalah seorang guru bahasa arab Diriwayatkan bahwa Nafi’ memberinya nama panggilan Qalun karena keindahan suaranya. Perkataan Qalun dalam bahasa rumawi berarti baik Dilahirkian pada tahun 120H dan meninggal dunia pada tahun 220H
  • Warsy : Beliau ialah Abu Sa’id Othman bin Sa’id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Diberi julukan Warasy karena teramat putihnya. Dilahirkan pada tahun 110H dan meninggal dunia pada tahun 197H. 
Catatan 
Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan Tunisia Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki
Nama sebenar beliau ialah Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua orang perawinya ialah 
  • Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah al-Makki. Seorang muadzin di mekkah Dilahirkan pada tahun 170H dan meninggal dunia pada tahun 250H
  • Qunbul : Beliau ialah Abu ‘Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195H dan meninggal pada tahun 291H.

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Amru Ziban bin al-’Ala’ bin ‘Ammar bin al-’Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 H dan meninggal dunia pada tahun 154 H. Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat di sebahagian wilayah di Sudan
Dua perawinya:

  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin uimar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 H. 
  • Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu’aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 H.

4.  Imam Ibn ‘Amir As Syami
Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah al-Yahshabi. Seorang qadi (hakim) di Dimasyq pada masa pemerintahan Walid bin Abdul Malik. Qiraat Ibn ‘Aamir terdapat di Yaman (1%). Dilahirkan pada tahun 8 H dan meninggal dunia pada tahun 118 H.
Dua orang perawinya ialah
  • Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 H dan meninggal pada tahun 245 H. 
  • Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu ‘Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 H dan meninggal dunia pada tahun 242 H. 

5.  Imam ‘Asim Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar ‘Asim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya ialah Syu’bah dan Syu’bah : Beliau iala
  • Abu Bakar Syu’bah bin ‘Abbas bin Salim AlKufi. Dilahirkan pada tahun 95 H dan meninggal dunia pada tahun 193 H. 
  • Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Menurut Ibn Muin, ia lebih pandai qiraatnya dari pada Abu Bakar Dilahirkan pada tahun 90 H dan meninggal dunia pada tahun 180 H. 

6.  Imam Hamzah al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 H dan meninggal dunia pada tahun 229 H. 
  • Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah. 

7.  Imam al-Kisaie al-Kufi
Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240H. 
  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah
Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. 

Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilmu Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman

Menurut pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa Qiraat-qiraat itu bukanlah tujuh huruf . Ini adalah kerana Qiraat hanya merupakan mazhab bacaan qur’an para imam, Sedangkan maksud tujuh huruf adalah berbeza dengan qiraat

Imam atau guru qiraat itu cukup banyak jumlahnya, namun yang masyhur hanya tujuh orang. Qiraat tujuh orang imam ini adalah qiraat yang telah disepakati. 


Akan tetapi disamping itu para ulama memilih pula tiga orang imam qiraat yang qiraatnya dipandang sahih dan mutawatir. Mereka adalah 
  1. Abu Ja’far Yazin bin Qa’qa’ al Madani, 
  2. Ya’kub Bin Ishaq al Hadrami dan 
  3. Khalaf bin Hisyam. 
Ketiga imam terakhir ini dan tujuh imam diatas dikenali sebagai Imam imam Qiraat.

Rujukan
http://elfadhi.wordpress.com/2007/03/29/qiraat-al-quran-dan-para-ahlinya/

08 April 2010

MAKIAH DAN MADANIAH


Jika kita membaca AlQur'an samada kita sedar atau tidak, kita pasti akan bertemu dengan kalimah-kalimah seperti makiah dan madaniah

Berdasarkan kepada kalimah Makkiyyah dan Madaniyyah boleh dikatakan Surah Makiah ini adalah surah - surah yang diturunkan di Mekah dan surah Madaniyyah adalah surah - surah yang diturunkan di Madinah. 


Pendapat ini mungkin ada benarnya namun ada pendapat lain yang menolak pendapat yang pertama ini.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa 

  • surah Makiah adalah surah - surah yang diturunkan sebelum hijrahnya Rasulullah ke Madinah
  • surah Madaniah adalah surah- surah yang diturunkan semasa dan selepas Nabi berhijrah ke madinah.
Ini berdasarkan kepada penurunan Surah An Nasr 



Surah ini telah diturunkan di Mekah ( Hudaibiyah ) namun dalam AlQur'an tetap mengkatogerikan surah ini sebagai surah Madaniah kerana surah ini diturunkan selepas peristiwa hijrahnya Rasul ke Madinah.

Ciri - ciri Surah Makiah dan Madaniah


Kebanyakan surah - surah Makkiyyah mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, menc.eritakan perhal Syurga dan neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.

Selain daripada itu, di dalam surah Makkiyyah
banyak menceritakan tentang kisah perjuangan para nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ibrahim.
Adapun surah Madaniah pula menceritakan tentang 
  1. Jihad fi Sabilillah, 
  2. Hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam.
  3. Persaudaraan di dalam Islam 
  4. Cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah. 
  5. Cara pemakaian dalam Islam 
  6. Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri
Surah Madaniah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah kerana keimanan para sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat -ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidahdalah

BILANGAN SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYYAH

Dalam AlQuran menyebut bilangan surah surah Makkiyah adalah 86 surah manakala surah Madaniyyah adalah 28 surah.

Surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah.
Sila klik di sini

Sungguhpun demikian, Ulamak berselisih dalam menentukan status lima surah surah Makkiyyah dan tujuh surah surah Madaniyyah.

Lima surah Makkiyah adalah seperti berikut.
  1. al-Fatihah        
  2. al-Qadr             
  3. al-Ikhlash        
  4. al-Falaq            
  5. al-Nas.              
Adapun tujuh  surah surah Madaniyyah yang dimaksudkan adalah
  1. al-Ra'du            
  2.  al-Rahman      
  3.  al-Shaf             
  4. al-Taghabun    
  5. al-Muthaffifin
  6. al-Bayyinah     
  7. al-Zalzalah

والله اعلم