Ahad, 16 Mei 2010

ILMU QIRAAT


Kalimah Qiraat adalah jamak daripada perkataan qiraah yang berarti “bacaan” yang telah ditetapkan berdasarkan sanad-sanadnya sampai kepada Rasulullah.

Diantara para sahabat yang terkenal mengajar qiraat ialah 

  1. Ubai bin Kaab r.a, 
  2. Ali bin Abi Thalib ra, 
  3. Zaid bin Harithah r.a, 
  4. Ibn Masud r.a dan 
  5. Abu Musa al Ansary r.a .. 
Dari mereka inilah sebahagian besar Sahabat dan Tabi`in di berbagai negeri belajar ILMU Qiraat.

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT

Pada permulaan abad pertama Hijrah ( zaman Tabi’in ), tampillah sejumlah ulama yang membulatkan tenaga dan perhatian
terhadap masalah Qiraat secara sempurna . Mereka menjadikannya sebagai suatu disiplin ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana mereka lakukan terhadap ilmu-ilmu syariat yang lainnya, sehingga mereka berjaya melahirkan Imam dan ahli Qiraat yang diikuti dan dipercaya. 

Bahkan dari generasi ini dan generasi sesudahnya terdapat tujuh orang terkenal sebagai imam Qiraat hingga ke hari ini.

IMAM - IMAM QIRAAT


  1. Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Sifahan dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya ialah Qalun dan Warasy 
  • Qalun : Beliau ialah Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad al Madani. Ia adalah seorang guru bahasa arab Diriwayatkan bahwa Nafi’ memberinya nama panggilan Qalun karena keindahan suaranya. Perkataan Qalun dalam bahasa rumawi berarti baik Dilahirkian pada tahun 120H dan meninggal dunia pada tahun 220H
  • Warsy : Beliau ialah Abu Sa’id Othman bin Sa’id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Diberi julukan Warasy karena teramat putihnya. Dilahirkan pada tahun 110H dan meninggal dunia pada tahun 197H. 
Catatan 
Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan Tunisia Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki
Nama sebenar beliau ialah Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua orang perawinya ialah 
  • Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah al-Makki. Seorang muadzin di mekkah Dilahirkan pada tahun 170H dan meninggal dunia pada tahun 250H
  • Qunbul : Beliau ialah Abu ‘Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195H dan meninggal pada tahun 291H.

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Amru Ziban bin al-’Ala’ bin ‘Ammar bin al-’Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 H dan meninggal dunia pada tahun 154 H. Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat di sebahagian wilayah di Sudan
Dua perawinya:

  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin uimar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 H. 
  • Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu’aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 H.

4.  Imam Ibn ‘Amir As Syami
Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah al-Yahshabi. Seorang qadi (hakim) di Dimasyq pada masa pemerintahan Walid bin Abdul Malik. Qiraat Ibn ‘Aamir terdapat di Yaman (1%). Dilahirkan pada tahun 8 H dan meninggal dunia pada tahun 118 H.
Dua orang perawinya ialah
  • Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 H dan meninggal pada tahun 245 H. 
  • Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu ‘Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 H dan meninggal dunia pada tahun 242 H. 

5.  Imam ‘Asim Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar ‘Asim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya ialah Syu’bah dan Syu’bah : Beliau iala
  • Abu Bakar Syu’bah bin ‘Abbas bin Salim AlKufi. Dilahirkan pada tahun 95 H dan meninggal dunia pada tahun 193 H. 
  • Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Menurut Ibn Muin, ia lebih pandai qiraatnya dari pada Abu Bakar Dilahirkan pada tahun 90 H dan meninggal dunia pada tahun 180 H. 

6.  Imam Hamzah al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 H dan meninggal dunia pada tahun 229 H. 
  • Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah. 

7.  Imam al-Kisaie al-Kufi
Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240H. 
  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah
Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. 

Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilmu Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman

Menurut pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa Qiraat-qiraat itu bukanlah tujuh huruf . Ini adalah kerana Qiraat hanya merupakan mazhab bacaan qur’an para imam, Sedangkan maksud tujuh huruf adalah berbeza dengan qiraat

Imam atau guru qiraat itu cukup banyak jumlahnya, namun yang masyhur hanya tujuh orang. Qiraat tujuh orang imam ini adalah qiraat yang telah disepakati. 


Akan tetapi disamping itu para ulama memilih pula tiga orang imam qiraat yang qiraatnya dipandang sahih dan mutawatir. Mereka adalah 
  1. Abu Ja’far Yazin bin Qa’qa’ al Madani, 
  2. Ya’kub Bin Ishaq al Hadrami dan 
  3. Khalaf bin Hisyam. 
Ketiga imam terakhir ini dan tujuh imam diatas dikenali sebagai Imam imam Qiraat.

Rujukan
http://elfadhi.wordpress.com/2007/03/29/qiraat-al-quran-dan-para-ahlinya/

Tiada ulasan: