Isnin, 9 April 2018

MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM




 : : Firman Allah 


هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيّام ﴿٤﴾ الحديد


 Maksudnya      
Dialah yang menciptakan langit langit dan bumi dalam masa enam hari
Surah al Hadid ayat 4

Di antara tanda tanda kekuasaan Allah, Allah ciptakan Langit langit dan bumi dalam masa enam hari dan Allah ciptakan Langit langit tanpa sebatang tiangpun.

 : : Firman Allah 


خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ﴿١٠﴾ لقمان

 Maksudnya  :      
DIa menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu lihat akannya
Surah Luqman ayat 10

Dan dari langit langit inilah, Allah menurunkan air hujan menyirami bumi yang mati kering kontang

 : : Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ  مَوْتِهَا ﴿٦٥﴾ النحل

 Maksudnya      
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengannya  bumi sesudah matinya;
Surah an Nahlu ayat 65

Lalu kami keluarkan dengan air hujan itu buah buahan sebagai rezeki kepada kamu

 : : Firman Allah 

فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ َ﴿٣٢﴾ ابراهيم

 Maksudnya  :      
Maka telah mengeluarkan dengannya buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu.
Surah Ibrahim ayat 32

Begitu banyak sekali nikmat nikmat Allah hinggakan tak terhitung dek kita

 : : Firman Allah 

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّـه لَا تُحْصُوهَا ﴿٣٤﴾ ابراهیم

 Maksudnya  :      
Dan Ia telah memberikan kamu sebahagian dari apa yang kamu minta. Dan jika kamu hitung nikmat Allah nescaya tiiidak terhitung oleh kamu.
Surah Ibrahim ayat 34

 : : Firman Allah 

   أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً ﴿٢٠﴾ لقمان

  
 Maksudnya  :      
Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan untuk kamu apa yang di langit dan di bumi dan Ia telah melimpahkan atas kamu nikmat zahir dan batin?
Surah Luqman ayat 20

 : : Firman Allah 

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا
وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا ﴿١٤﴾ النحل

 Maksudnya  :      
Dan Dia lah yang menundukkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan kamu dapat mengeluarkan daripadanya  perhiasan untuk kamu pakai
Surah an Nahlu ayat 14

Di kegelapan malam. Allah jadikan Bintang-bintang sebagai Panduan kepada manusia.

 : : Firman Allah 

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ َ ﴿٩٧﴾ الأنعام

 Maksudnya  :      
Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman dengannya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.
Surah al An´am ayat 97

Maka yang mana satukah dari nikmat nikmat Allah ini yang hendak kita dustakan

 : : Firman Allah 

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾ الرحمن

 Maksudnya  :      
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah ai Rahman ayat 13