Selasa, 30 Julai 2019

MENGAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH



 MUQADDIMAH 

Artikel ini hanyalah satu perbincangan ilmiah empat mazhab bagi mengupas isu perkahwinan wanita hamil anak luar luar nikah dan isu isu yang berkaitan dengannya.

Artikel ini tidak bermaksud untuk menyakiti mana mana pihak dan jauh sekali untuk mendorong keterlibatan seseorang itu dalam kancah zina.

Apa Yang baik itu datang dari Allah adapun yang buruk itu adalah dari kealpaan dan kecetekan ilmu saya.

 UNTUK TERUS MEMBACA,


💙💚💛💜💖💖💙💚💛💜

MENGAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH


STATUS PERKAHWINAN

Ulamak Feqah dari kalangan Malikiah, Syafi´iyah, Hanabilah dan Hanafiah telah berselisih pendapat dalam menentu status perkahwinan wanita hamil anak luar nikah. 

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT MALIKIAH DAN HANABILAH
💜💛💖💖💖💙💚

Samada wanita itu hamil dari benih lelaki zinanya ataupun benih lelaki lain maka pernikahan itu TIDAK SAH 

Ini adalah kerana Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal telah mensyaratkan bahawa rahim Wanita tersebut mesti bersih daripada Hamil (istibra´’).

Mereka berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi

 💙 Sabda Rasulullah

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain ( menyetubuhi ) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al-Tirmizi

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT HANAFIAH
💜💛💖💖💖💙💚

Sekiranya wanita itu hamil anak lelaki yang BUKAN empunya benih, maka pernikahan itu SAH tetapi TIDAK BOLEH bersetubuh sehinggalah anak yang dalam kandungan selamat dilahirkan.

Mereka menjadikan hadith di bawah ini sebagai Hujjah mereka.

 💙 Sabda Rasulullah

ا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (menyetubuhi) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al Tirmizi

Sebaliknya jika wanita itu hamil anak lelaki yang Empunya benih, maka pernikahan mereka SAH dan mereka diharuskan bersetubuh kerana benih yang ada dalam rahim wanita itu adalah benihnya.

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT SYAFIIYYAH
 💜💛💖💖💖💙💚

Berbeza dengan Mazhab Syafie yang mengatakan pernikahan itu SAH  dan BOLEH Bersetubuh samada dengan Lelaki yang
  • Empunya benih
  • Bukan Empunya benih

Antara hujjah Imam Syafie adalah seperti berikut..

💚💛 PERTAMA
💜

 💖 Firman Allah 

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ  وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ﴿٣﴾ النور

Maksudnya
Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.
Surah al-Nur ayat 3

Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal

💚💛 KEDUA
💜

 💖 Firman Allah 

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُم ﴿٢٤﴾  النساء

Maksudnya: 
Dan dihalalkan bagi kamu perempuan - perempuan yang lain daripada yang tersebut itu 
Surah an Nisa´ ayat 24

Dihalalkan berkahwin SELAIN daripada wanita yang diharamkan berkahwin iaitu seperti yang disebut dalam Surah an Nisa´ ayat 23

Wanita hamil anak luar nikah TIDAK termasuk dalam golongan wanita yang diharamkan berkahwin.


💚💛 KETIGA
💜

 💙 Sabda Rasulullah

لاَ يُحَرِّمُ الْحَرَامُ الْحَلاَلَ

Maksudnya: 
Perkara yang haram TIDAK AKAN mengharamkan perkara yang halal.
HR : Ibn Majah (2015) daripada Abdullah Ibn Umar

IDDAH BAGI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy berpendapat:

Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina.

Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

💙 Sabda Rasulullah

الولد للفراش وللعاهر الحجر

Maksudnya:
Anak itu bagi sisuami dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.
HR : al Bukhari dan Muslim

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan pensabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Adapun bagi Malikiah dan Hanabilah, mereka mengatakan bahawa WAJIB ISTIBRA´’

Dan tempoh Istibra´’  bersamaan dengan tempoh iddah Wanita Hamil yang bercerai iaitu sehingga melahirkan anak.

 💙 Sabda Rasulullah

 لا توطأ حامل حتى تضع ، ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة

Maksudnya
Jangan menyetubuhi wanita hamil sehingga dia melahirkan anak dan yang tidak mengandung sehingga haidh
HR : Abu Daud dan al Hakim dari Abu Said al Khudri

Rujukan Hadith : Sila Klik 💖

Oleh yang demikian HARAM di sisi Malikiah dan Hanabilah seseorang Lelaki mengahwini wanita Hamil Anak Luar Nikah sehinggalah wanita tersebut melahirkan Anak.


Sungguhpun Imam Syafie dan Imam Hanafi membolehkan perkahwinan ini namun tidak bermakna mereka menyokong perbuatan zina.

Zina adalah satu perbuatan keji dan dilarang keras oleh syarak.

 💖 Firman Allah 

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا ﴿٣٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya dia adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk buruk jalan 
Surah al Isra´ ayat 32




Jika anak itu..

 ➫ Perempuan, maka dia...
  • Tidak boleh dibintikan kepada bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara lelaki serta bapa zinanya
  • Bapa zinanya tidak boleh menjadi wali kepadanya

  Lelaki, maka dia...
  • Tidak boleh dibinkan dengan bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara perempuannya.
  • Dia tidak boleh menjadi wali kepada saudara saudara perempuannya.  

وَالله اَعلم


Rujukan
💜💜💛💛💖💖💖💙💙💚💚

Sila klik pada pautan berkaitan
  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Majlis Kajian dan Fatwa Eropah
  3. Islamweb.net

Jumaat, 19 Julai 2019

DI SEBALIK UNGKAPAN MAA ANA BI QAARI´


Semasa Rasulullah di Gua Hira, Baginda telah didatangi Malaikat Jibrail dan berkata.

إقراء ( Bacalah )

Maka Baginda pun menjawab...


Dan terjemahan yang biasa kita dengar bagi kalimah ini adalah

“Aku TIDAK TAHU Membaca”

Persoalannya sekarang ...
Adakah Benar Rasulullah itu tidak tahu membaca ?

SEJARAH PENURUNAN WAHYU

Sebagai mana yang kita sedia maklum bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah Surah al Alaq ayat 1 - 5


Ini bermakna semasa Jibrail menemui Rasulullah di Gua Hira, belum ada satu wahyu pun diturunkan kepada Rasulullah.

Dan kita juga sedia maklum bahawa Rasulullah tidak pernah didatangkan kitab kitab terdahulu sebelum alQuran apatah lagi membacanya.

 💜 Firman Allah 

وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴿٤٨﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum turunnya Al-Quran dan tidak pernah menulisnya dengan tangan kananmu, Jika demikian maka ragu-ragulah Orang orang yang Bathil.
Surah al Ankabut ayat 48

Dalam keadaan begini..
  • Apa yang Rasulullah nak baca? 
  • Wajarkah kita labelkan Rasulullah seorang Nabi tidak tahu membaca 

MAKSUD DI SEBALIK KATA KATA ما انا بقارٸ 

Makna yang paling tepat bagi kata kata Rasulullah ini adalah...

💜💖💚
Aku Bukan Orang yang 
Membaca
💜💖💚

Ini adalah berdasarkan kepada hujjah hujjah berikut

💖💚 PERTAMA
💛
Rasulullah tidak pernah didatangkan kitab kitab terdahulu sebelum AlQuran apatah lagi membacanya.

💖💚 KEDUA
💛
Perkataan ما berselang dengan ب bermaksud TIDAK atau BUKAN.

Adapun kalimah قَارِئ adalah isim Fail yang membawa maksud Orang yang membaca

Maka kalimah مَا أَنَا بِقَارِئ adalah bermaksud Aku bukan orang yang membaca.

Persoalannya ...
Dari mana datangnya kalimah TIDAK TAHU MEMBACA

💖💚 KETIGA
💛
Terjemahan bagi Aku Tidak Tahu membaca adalah
َمَا عَرَفتُ القِرَاءَة 
Maa araftul Qiraa ah
atau 
ما انا بعارف القِرَاءَة 
Maa Ana bi Aarifil Qiraa ah

Jika benar Rasulullah tidak tahu membaca kenapa Rasulullah tidak sahaja menyebut kalimah di atas.

💖💚 KEEMPAT
💛
Aku Tak Tahu Membaca dengan Aku bukan Orang Yang Membaca adalah dua maksud yang berbeza. 

Rasulullah Bukan orang yang membaca Tidak Bermakna Baginda Tidak Tahu Membaca.

Malah setiap kali turunnya wahyu Rasulullah bukan sahaja bacakan ayat ayat Allah malah MENGAJAR Para Sahabat alQuran dan al Hikmah.

 💜 Firman Allah 

 يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ ﴿٢﴾ الجمعة

Maksudnya
Ia (Rasulullah) membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (aqidah) mereka dan mengajar mereka al kitab dan al Hikmah
Surah Jumuah ayat 2

💖💚 KELIMA
💛
Ungkapan  مَا أَنَا بِقَارِئ  atau Aku bukan orang yang membaca adalah untuk
  • Memberi tahu bahawa AlQuran itu adalah wahyu Allah 
  • Menafikan bahawa Rasulullah pernah membaca kitab kitab terdahulu sebelum AlQuran. Jika Baginda pernah membacanya sudah pasti Orang Yahudi akan berkata bahawa AlQuran adalah hasil dari pembacaan Rasulullah kitab kitab terdahulu.

Lihatlah bagai mana liciknya Ahli Kitab memutar belitkan kata kata Rasulullah.

Matlamat mereka hanyalah satu iaitu melahirkan jenerasi umat yang kufur kepada Allah dan RasulNya sebagai mana mereka.

 💜 Firman Allah 

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ  ﴿٨٩﴾ النساء
Maksudnya
Mereka suka kalau kamu kufur sebagaimana mereka kufur, maka jadilah kamu sama seperti mereka.
Surah an Nisa´ ayat 89

💛💚💛💜💙💖💙💚💛💜

Jumaat, 5 Julai 2019

SIAPAKAH DIA AHLI KITAB



Setiap kali kita membaca AlQuran, kita pasti akan berjumpa dengan kalimah Ahli Kitab.

Ahli kitab adalah merujuk satu umat dari keturunan Nabi Allah Yaakob.

Di dalam AlQuran, sebelum Nabi Muhammad diutuskan, mereka telah dipanggil dengan gelaran Bani Israil.

💚  Firman Allah 

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ﴿٤٧﴾ البقرة 

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Selain daripada itu mereka juga dikenali sebagai Orang Orang yang diberikan kitab.

Ini adalah kerana mereka telah diberikan kitab kitab Samawi melalui nabi nabi mereka.

KITAB TAURAT DITURUNKAN MELALUI NABI MUSA 
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan Kami telah berikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil
Surah al Isra´ ayat 2

KITAB ZABUR DITURUNKAN MELALUI NABI DAUD
💚💛💖💜💙


💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا ﴿٥٥﴾ الإسراء 

Maksudnya
Dan Kami berikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur.
Surah al Isra´ ayat 55

KITAB INJIL DITURUNKAN MELALUI NABI ISA
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلََ ﴿٢٧﴾ الحدید

Maksudnya
Kemudian Kami iringi sesudah - mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil
Surah al Hadid ayat 27

Namun begitu, semasa kedatangan Rasulullah, mereka telah dipanggil dengan gelaran Ahli Kitab tidak lagi Bani Israil.

KENAPA ?

Kalimah Israil dalam bahasa Ibrani adalah bermaksud Hamba Tuhan 

Ianya merupakan nama lain kepada Nabi Yaakob a.s..

Bani Israil adalah bermakna anak anak keturunan Nabi Yaakob a.s. satu keturunan yang baik baik yang patuh kepada perintah Allah.

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Ayat ayat Allah maka gelaran ini tidak lagi layak untuk mereka.

💚  Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَاللَّـهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٨﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Apabila mereka diperintahkan beriman dengan AlQuran, mereka akan berkata...

💚 Firman Allah 

قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ َۗ ﴿٩١﴾ البقرة

Maksudnya
Mereka berkata Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan mereka kufur dengan apa yang diturunkan kemudian daripadanya, walhal AlQuran itu membenarkan Kitab yang ada pada mereka.
Surah al Baqarah ayat 91

Selagi mana mereka kufur dengan AlQuran maka selagi itulah mereka akan dipanggil sebagai AHLI KITAB.

Dan keimanan mereka akan tergantung sehinggalah mereka beriman dengan AlQuran.

💚 Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ َۗ﴿٦٨﴾ المائدة

Maksudnya
Katakanlah Wahai Ahli Kitab! Tidaklah kamu atas sesuatu sehingga kamu mendirikan kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (AlQuran)
Surah al Maidah ayat 68




STATUS PENGANUT AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN.

Ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan Adakah Penganut agama Yahudi dan kristian khususnya yang BUKAN DARI KETURUNAN Nabi Yaakob a.s. itu sebagai Ahli Kitab?

Menurut pendapat Imam Syafie (767M - 820M),

Ahli Kitab di dalam AlQuran adalah merujuk kepada Orang orang Yahudi dan Nasoro dari keturunan Nabi Yaakob (Bani Israil).

Mereka yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tidak tergolong dalam Ahli Kitab walaupun mereka menganut agama Yahudi dan Kristian.

Ini adalah kerana Nabi Musa dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israil bukan kaum lain.
(Rujuk al-Umm, 4/182)

Namun pendapat ini telah disanggah oleh Ibn Hajar Asqalani (1372M - 1449M).

Beliau berpendapat bahawa kalimah Ahli Kitab di dalam AlQuran tidak ditujukan kepada Bani Israil semata mata malah ianya juga ditujukan kepada mereka yang menganut agama Kristian atau Yahudi.

Menurutnya lagi
Amalan menganut agama Kristian di kalangan masyarakat bukan Bani Israil telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.

Seandainya Ahli Kitab itu dari Bani Israil, kenapakah dalam AlQuran mereka turut dipanggil sebagai Ahli Kitab?

Dan Rasulullah sendiri pernah memanggil Raja Hercules sebagai Ahli Kitab sedangkan Baginda tahu Hercules penganut agama Kristian berbangsa Rom dan bukan dari Bani Israil.

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜
PENDAPAT YANG
RAJIH

Dalam perkara ini, pendapat yang paling rajih (kuat dan bernas) adalah pendapat kedua kerana perintah Allah kepada Ahli Kitab adalah menyeluruh tidak kiralah samada mereka dari keturunan Bani Israil atau bukan.

💚 Firman Allah 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ ﴿٧٠﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufur dengan ayat-ayat Allah sedangkan kamu menyaksikan kebenarannya?
Surah Ali Imran ayat 70

Seandainya Ahli Kitab itu dari keturunan Bani Israil, maka
  • Bagaimana pula status penganut agama Yahudi ataupun Kristian?
  • Apakah mereka dikecualikan dari ayat ini sedangkan mereka turut kufur bersama sama Ahli Kitab dari keturunan Bani Israil.

والله اعلم

💚💛💖💖💖💚💛
Rujukan
💚💛💖💖💖💚💛

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

Isnin, 1 Julai 2019

KENAPA AHLI KITAB MENOLAK KERASULAN NABI MUHAMMAD?


 💚 Firman Allah 

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ﴿١٢٠﴾ البقرة

Maksudnya
Sekali kali tidak akan redha Orang-orang Yahudi dan Nasrani kepadamu sehinggalah engkau mengikut cara hidup mereka
Surah al Baqarah ayat 120

Pada ayat di atas jelas menunjukkan betapa bencinya Ahli Kitab terhadap Rasulullah.

Mungkin ada yang bertanya KENAPA? 

Adakah ini kerana
  • Rasulullah berbangsa Arab ataupun
  • Mereka tidak mengenali diri Rasulullah.
Seandainya Rasulullah berbangsa Arab yang menjadi sebab maka Nabi nabi mereka bukan dari keturunan Arab pun turut mereka benci

Malah kebanyakan dari nabi nabi mereka, mereka dustakan dan tidak kurang pula mereka bunuh.

 💚 Firman Allah 

كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ ﴿٧٠﴾ المائدة

Maksudnya
Setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak menyenangkan hawa nafsu mereka, maka mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh sebahagian yang lain.
Surah al Maidah ayat 70

Begitu juga dengan kenyaaan mereka TIDAK MENGENALI diri Rasulullah pun tidak boleh dijadikan hujjah.

Ini adalah kerana mereka mengenali Rasulullah lebih dari mereka mengenali anak anak mereka sendiri.

 💚 Firman Allah 

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ﴿١٤٦﴾ البقرة 

Maksudnya
Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan Kitab mengenali Rasulullah sebagai mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.
Surah al Baqarah ayat 146

Malah ketika Abu Talib membawa Rasulullah berjumpa seorang pendita Yahudi yang bernama Buhaira maka Buhaira ada bertanya kepada Abu Talib tentang siapa ayah budak ini (Rasulullah)

Maka Abu Talib mengatakan bahawa dialah ayah kepada Rasulullah.

Buhaira berkata
“Tidak sepatutnya budak ini mempunyai ayah”
Lantas Buhaira menyuruh Abu Talib segera membawa pulang Rasulullah seraya bekata
Seandainya Orang Yahudi terjumpa budak ini sudah pasti mereka akan membunuhnya
Dari kisah di atas jelas menunjukkan bahawa Ahli Kitab lebih mengenali Rasulullah.

Sememangnya dalam kitab Taurat dan Injil ada menceritakan tentang kepribadian Rasulullah dengan terperinci

NABI MUHAMMAD DALAM KITAB PERJANJIAN LAMA








Maksudnya
💖💛💜💙💚💖

Teramat manis tutur katanya, 
Dia adalah Muhammad
Inilah kekasihku dan sahabatku, 
Wahai putera-puteri Jerusalem.
« Song of Solomon 5:16 »

💙💚💖💖💖💛💜💙💚💖💖💖💛💜

Ini bermakna mereka telahpun diberitahu tentang kedatangan Nabi Muhammad sejak zaman Nabi Musa lagi.

Tidak cukup dengan itu, Nabi Isa a.s pernah memberitahu Bani Israil tentang berita kedatangan Nabi Muhammad.

 💚 Firman Allah 

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ ﴿٦﴾ الصف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Rasul Allah kepada kamu yang mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira kedatangan seorang Rasul selepasku bernama Ahmad (Nabi Muhammad).
Surah as Sof ayat 6

Jadinya Apakah sebab sebenar mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad ?

Jawapannya adalah kerana Rasulullah diutuskan dengan membawa KEBENARAN yang akan MEMBONGKAR segala penyelewengan yang mereka lakukan ke atas Kitab kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.

 💚 Firman Allah 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّـهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾ المائدة

Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu banyak perkara. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang menerangkan.
Surah al Maidah ayat 15

Justeru takutkan rahsia mereka akan terbongkar maka sebab itulah mereka menolak Rasulullah dan risalah yang dibawa oleh Baginda

Itulah dia hakikat yang sebenarnya kenapa mereka sangat membenci serta menolak kerasulan Nabi Muhammad dan risalah yang dibawa oleh Baginda.

Bukan kerana Rasulullah itu berbangsa Arab ataupun mereka tidak mengenali diri Baginda sebagai mana yang kita ingat selama ini.

 والله اعلم

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
Rujukan

Nabi Muhammad dalam Kitab Perjanjian Lama Sila Klik Di Sini

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙