Rabu, 11 Disember 2019

AKU JANJI KITA KEPADA ALLAH



Samada kita sedar atau tidak, sebenarnya kita telah melafazkan satu aku janji taat setia kita kepada Allah setiap hari khususnya di dalam Solat.

Dan aku janji yang sama juga kita lafazkan di luar solat seperti ketika menghadiri majlis bacaan doa selamat ataupun tahlil arwah. 

Lafaz ikrar aku janji yang dimaksudkan ini adalah yang terkandung di dalam Surah al Fatihah ayat 5...

 💚 Firman Allah  

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ الفاتحة

Maksudnya
Akan Engkau yang Kami sembah dan akan Engkauyang kami mohon pertolongan.
Surah al Fatihah ayat 5

Inilah dia lafaz aku janji yang kita ucapkan setiap hari samada di dalam mahupun di luar solat.

Maknanya di sini kita mengakui hanya Allah sahajalah yang kita sembah dan hanya kepadaNya kita minta pertolongan.

Untuk mudah faham, cuba bezakan dua ayat ini....

PERTAMA
💖💛💜

Saya makan nasi 

 KEDUA
💖💛💜

Hanya Nasi yang Saya Makan

💙💚💖💖💖💛💜
Penjelasannya
💙💚💖💖💖💛💜

PERTAMA
💖💛💜
Dalam nasi tentu ada lauk pauk, sayur sayuran, ulam dan sebagainya.

KEDUA
💖💛💜
Hanya semata mata Nasi sahaja yang kita makan tanpa ulam, lauk pauk dan sayur sayuran.

Dalam Surah al Fatihah ayat 5, kita lafazkan Hanya Allah sahaja yang kita sembah dan minta pertolongan dan dalam masa yang sama kita telah menolak sembahan sembahan lain selain daripada Allah.

Lain ceritanya andai kata ini yang kita lafazkan...

    نعبد الله ونَسْتَعِينُهَ

kami sembah Allah dan kami minta pertolongannya

Jika ini memang betullah disamping kita sembah dan minta pertolongan Allah, kita juga akan menyembah dan minta pertolongan kepada tuhan tuhan selain Allah.

Sedangkan dalam bacaan doa iftitah, kita telah berikrar bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk ALLAH semata mata.

 💚 Firman Allah  

 قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام


Maksudnya
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Surah al An'am ayat 162

Tiada syirik bagiNya

 💚 Firman Allah  

    لا شَرِیكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام

Maksudnya
Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu aku diperintahkan dan aku adalah yang pertama sekali berserah diri kepada Allah.
Surah al An'am ayat  163

Sebab tu Orang yang faham apa yang dia baca sekali kali tidak akan melakukan perkara perkara Syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Barang siapa yang syirik kepada Allah maka...

 💚 Firman Allah  

وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا ﴿٤٨﴾ النساء

Maksudnya
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Surah an Nisa' ayat 48

Dan Allah sesekali tidak akan mengampuni dosa orang yang syirik kepadaNya

 💚 Firman Allah  

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ﴿٤٨﴾ النساء

Maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepadNya dengan sesuatu dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. 
Surah an Nisa' ayat 48

نعوذ بالله من ذلك
والله اعلم

💙💚💖💖💖💛💜💙💚💖💖💖💛💜