25 Julai 2017

TAUBAT KEPADA ALLAH



 : : Firman Allah  

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ ﴿الشورى: ٢٥

Maksudnya
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba - hambaNya serta memaafkan kejahatan - kejahatan dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
Surah as Syura ayat 25

ORANG ORANG YANG DITERIMA TAUBATNYA

 : : Firman Allah  

انمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا  ﴿النساء: ١٧

Maksudnya
Sesungguhnya taubat itu hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat maka Allah menerima  taubat mereka dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Surah an Nisa'  ayat 17

Dalam alQuran menyatakan bahawa Firaun pernah bertaubat kepada Allah...

 : : Firman Allah  

قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
يونس : ٩٠

Maksudnya
Aku beriman bahawa tiada Tuhan melainkan yang telah beiman dengannya Bani Israil dan aku dari orang-orang yang menyerah diri ".
Surah Yunus ayat 90


PERSOALANNYA
Adakah Allah terima taubat Fir'aun ?
Jawapannya....

TIDAK
Malah Allah tempelak balik Fir'aun

 : : Firman Allah  

الْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿يونس: ٩١

Maksudnya
Adakah sekarang padahal engkau dari dahulu telah derhaka dan engkau telah menjadi daripada orang - orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91

TAUBAT YANG TIDAK DITERIMA
  1. Orang yang bertaubat ketika tiba saat kematiannya.
  2. Orang yang mati dalam keadaan kafir.

 : : Firman Allah  

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَـٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿النساء: ١٨﴾

Maksudnya
Dan tidaklah taubat itu kepada orang-orang yang melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati berkatalah ia "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang," dan orang-orang yang mati sedang mereka dalam keadaan kafir. Mereka itu Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih
Surah an Nisa' ayat 18

Oleh itu kepada Orang orang beriman Allah berpesan

 : : Firman Allah  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا ﴿التحريم: ٨

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha"
Surah At Tahrim ayat 8

Sila layari juga
www.annajahcemerlang.blogspot.com

Tiada ulasan: