25 Julai 2017

LAUT MATI - MURKA ALLAH KEPADA UMAT NABI LUTH


Laut Mati ( البحر الميت‎ ) Dead Sea merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

Nama Laut Mati berasal dari terjemahan bahasa ibrani ( Hebrew ) Yam Ha Maved yang bererti Laut Pembunuh.

Dahulunya disini terdapat sebuah negeri yang dihuni oleh Kaum Sodom. Sodom adalah merujuk kepada kota besar di Jordan. Kaum Sodom merupakan umat Nabi Luth yang dimusnahkan oleh Allah SWT.

KEMUNKARAN KAUM SODOM

 : : Firman Allah 

 إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
الأعراف : ٨١

Maksudnya
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Surah al Araf ayat 81


Nabi Luth telah menasihatkan kaumnya agar berhenti melakukan perkara terkutuk itu namun tidak diendahkannya malah mereka mencabar Nabi Luth

 : : Firman Allah 

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّـهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ  ﴿العنكبوت: ٢٩

Maksudnya
Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata"Datangkanlah kepada kami dengan azab Allah jika engkau dari orang-orang yang benar".
Surah al 'Ankabut ayat 29

Maka Allah terbalikan bumi dan .....

 : : Firman Allah 

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ  مَّنضُودٍ  ﴿هود: ٨٢

Maksudnya
Maka apabila tibanya perintah Kami Kami jadikan negeri itu terbalik dan kami hujani dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.
Surah Hud ayat 82


Panjangnya Laut Mati adalah 67 km  manakala lebarnya adalah 18 km. Pantainya berada di kedudukan 418m di bawah aras laut merupakan kawasan paling rendah di dunia.

Di sini .....
  1. tiada satupun hidupan yang boleh hidup di dalamnya kerana kadar kemasinan airnya amat tinggi.
  2. tiada seekor burungpun yang melintasi kawasan ini kerana ruang udaranya dikatakan beracun.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com 

Tiada ulasan: