Selasa, 3 Mac 2020

BULAN REJAB DAN KEMUNCULAN HADITH HADITH PALSU



Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

 Rasulullah ﷺ bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya
Waktu berputar sebagaimana keadaannya Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, padanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya berturutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab yang berada antara Jumadi dan Sya’ban”.
HR : al-Bukhari (4406) dan Muslim (1679)

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Dinamakan Rejab adalah kerana masyarakat Arab sewaktu Jahiliyyah mengagungkan bulan ini dengan tidak melakukan sebarang peperangan pada bulan ini.

Dalam keghairahan mengejar pahala kelebihan bulan Rejab seperkara yang patut kita tahu adalah kemunculan hadith hadith yang bukan datang dari Rasulullah ﷺ (Hadith Palsu)

Antara hadith hadith palsu yang dimaksudkan ini adalah seperti berikut

 Dikatakan Nabi  bersabda:

فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ

Maksudnya: 
Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua jenis kalam”.

Hadith ini palsu dan ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 85/2]

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi bersabda:

مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ عَدَلَ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ

Maksudnya: 
Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka”.

Hadith ini bathil dan tiada asal baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3212/6]

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب

Maksudnya: 
Janganlah kamu lalai pada Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.

HR : ad Dailami, Ibn Asakir dan Ibn Jauzi

Hadith ini dusta keseluruhannya menurut Ibn al-Qayyim.
[Lihat: al-Manar al-Munif, 95]

Ibn al-Jauzi menyebut: 
❝Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah ﷺ, di dalam nya terdapat seorang perawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta❞
Al-Imam al-Syaukani rahimullah juga menyebut di dalam kitabnya, al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: 
❝ Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu❞.
Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: 
❝Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang ditegah di antara bid‘ah-bid‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan mereka-reka solat ini.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

من صام منه يومًا كتب اللهُ له صومَ ألفِ سنةٍ ، ومن صام يومَيْن كتب له صيامَ ألفَيْ سنةٍ

Maksudnya
Barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun.

HR : Ibnu Shahin dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah: 

Menurut Ibnu ‘Iraq: 
Hadith ini adalah maudhu’ (palsu) tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah disisi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي ، فمن صام رجب إيمانا واحتسابا استوجب رضوان الله الأكبر وأسكنه الفردوس الأعلى ؛

Maksudnya
Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barang siapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi”

Ibnu al-Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a 
al-Jauzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

Demikianlah sebahagian daripada hadith hadith palsu yang tersebar luas dalam masyarakat islam hari ini.

Beramal dengan hadith palsu bermakna melakukan satu pendustaan ke atas Junjungan Mulia Rasulullah ﷺ dan ianya patut dihindarkan.

HUKUM BERPUASA 3 BULAN SECARA BERTERUSAN

Dalam masalah ini, Syeikh Athiyyah Shaqar berpendapat bahawa berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan tidak ada dalil yang menghalangnya.
[Lihat: Ahsan al-Kalam, 444/3]

Tambahan pula, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi juga mengatakan bahawa perbuatan ini tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ, para sahabat RA dan juga para tabi’in.
[Lihat: Fatawa Mu’ashirah, 279/1]

Al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata bahawa puasa 3 bulan berturut-turut iaitu berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan diamalkan oleh para solihin dan ia tidak bercanggah selama mana dia mampu untuk melakukannya dengan TIDAK beri’tiqad (beranggapan) bahawa ia adalah sunnah. 

Akan tetapi, berpuasa pada bulan Rejab semata mata hukumnya adalah MAKRUH melainkan ia
  • berbuka pada salah satu hari daripada bulan tersebut (tidak berpuasa penuh) atau 
  • berpuasa pada bulan yang lain daripada tahun tersebut dan tidak semestinya terus selepas daripada Rejab.

والله اعلم

💙💚💖💖💖💛💜
Rujukan

Sila klik pada pautan berkenaan

💙💚💖💖💖💛💜

Tiada ulasan: