وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ﴿١٢٠﴾ البقرة
Maksudnya
Sekali kali tidak akan redha Orang-orang Yahudi dan Nasrani kepadamu sehinggalah engkau mengikut cara hidup mereka
Surah al Baqarah ayat 120
Pada ayat di atas jelas menunjukkan betapa bencinya Ahli Kitab terhadap Rasulullah.
Mungkin ada yang bertanya KENAPA?
Adakah ini kerana
- Rasulullah berbangsa Arab ataupun
- Mereka tidak mengenali diri Rasulullah.
Malah kebanyakan dari nabi nabi mereka, mereka dustakan dan tidak kurang pula mereka bunuh.
💚 Firman Allah
كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ ﴿٧٠﴾ المائدة
Maksudnya
Setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak menyenangkan hawa nafsu mereka, maka mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh sebahagian yang lain.
Surah al Maidah ayat 70
Begitu juga dengan kenyaaan mereka TIDAK MENGENALI diri Rasulullah pun tidak boleh dijadikan hujjah.
Ini adalah kerana mereka mengenali Rasulullah lebih dari mereka mengenali anak anak mereka sendiri.
💚 Firman Allah
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ﴿١٤٦﴾ البقرة
Maksudnya
Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan Kitab mengenali Rasulullah sebagai mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.
Surah al Baqarah ayat 146
Malah ketika Abu Talib membawa Rasulullah berjumpa seorang pendita Yahudi yang bernama Buhaira maka Buhaira ada bertanya kepada Abu Talib tentang siapa ayah budak ini (Rasulullah)
Maka Abu Talib mengatakan bahawa dialah ayah kepada Rasulullah.
Lantas Buhaira menyuruh Abu Talib segera membawa pulang Rasulullah seraya bekata“Tidak sepatutnya budak ini mempunyai ayah”
Dari kisah di atas jelas menunjukkan bahawa Ahli Kitab lebih mengenali Rasulullah.“Seandainya Orang Yahudi terjumpa budak ini sudah pasti mereka akan membunuhnya”
Sememangnya dalam kitab Taurat dan Injil ada menceritakan tentang kepribadian Rasulullah dengan terperinci
NABI MUHAMMAD DALAM KITAB PERJANJIAN LAMA
Maksudnya
💖💛💜💙💚💖
Teramat manis tutur katanya,
Dia adalah Muhammad
Inilah kekasihku dan sahabatku,
Wahai putera-puteri Jerusalem.
« Song of Solomon 5:16 »
💙💚💖💖💖💛💜💙💚💖💖💖💛💜
Tidak cukup dengan itu, Nabi Isa a.s pernah memberitahu Bani Israil tentang berita kedatangan Nabi Muhammad.
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ ﴿٦﴾ الصف
Dan ingatlah ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Rasul Allah kepada kamu yang mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira kedatangan seorang Rasul selepasku bernama Ahmad (Nabi Muhammad).
Surah as Sof ayat 6
Jadinya Apakah sebab sebenar mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad ?
Jawapannya adalah kerana Rasulullah diutuskan dengan membawa KEBENARAN yang akan MEMBONGKAR segala penyelewengan yang mereka lakukan ke atas Kitab kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.
💚 Firman Allah
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّـهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾ المائدة
Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu banyak perkara. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang menerangkan.
Surah al Maidah ayat 15
Surah al Maidah ayat 15
Itulah dia hakikat yang sebenarnya kenapa mereka sangat membenci serta menolak kerasulan Nabi Muhammad dan risalah yang dibawa oleh Baginda.
Bukan kerana Rasulullah itu berbangsa Arab ataupun mereka tidak mengenali diri Baginda sebagai mana yang kita ingat selama ini.
والله اعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan