08 April 2010

MAKIAH DAN MADANIAH


Jika kita membaca AlQur'an samada kita sedar atau tidak, kita pasti akan bertemu dengan kalimah-kalimah seperti makiah dan madaniah

Berdasarkan kepada kalimah Makkiyyah dan Madaniyyah boleh dikatakan Surah Makiah ini adalah surah - surah yang diturunkan di Mekah dan surah Madaniyyah adalah surah - surah yang diturunkan di Madinah. 


Pendapat ini mungkin ada benarnya namun ada pendapat lain yang menolak pendapat yang pertama ini.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa 

  • surah Makiah adalah surah - surah yang diturunkan sebelum hijrahnya Rasulullah ke Madinah
  • surah Madaniah adalah surah- surah yang diturunkan semasa dan selepas Nabi berhijrah ke madinah.
Ini berdasarkan kepada penurunan Surah An Nasr 



Surah ini telah diturunkan di Mekah ( Hudaibiyah ) namun dalam AlQur'an tetap mengkatogerikan surah ini sebagai surah Madaniah kerana surah ini diturunkan selepas peristiwa hijrahnya Rasul ke Madinah.

Ciri - ciri Surah Makiah dan Madaniah


Kebanyakan surah - surah Makkiyyah mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, menc.eritakan perhal Syurga dan neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.

Selain daripada itu, di dalam surah Makkiyyah
banyak menceritakan tentang kisah perjuangan para nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ibrahim.
Adapun surah Madaniah pula menceritakan tentang 
  1. Jihad fi Sabilillah, 
  2. Hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam.
  3. Persaudaraan di dalam Islam 
  4. Cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah. 
  5. Cara pemakaian dalam Islam 
  6. Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri
Surah Madaniah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah kerana keimanan para sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat -ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidahdalah

BILANGAN SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYYAH

Dalam AlQuran menyebut bilangan surah surah Makkiyah adalah 86 surah manakala surah Madaniyyah adalah 28 surah.

Surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah.
Sila klik di sini

Sungguhpun demikian, Ulamak berselisih dalam menentukan status lima surah surah Makkiyyah dan tujuh surah surah Madaniyyah.

Lima surah Makkiyah adalah seperti berikut.
  1. al-Fatihah        
  2. al-Qadr             
  3. al-Ikhlash        
  4. al-Falaq            
  5. al-Nas.              
Adapun tujuh  surah surah Madaniyyah yang dimaksudkan adalah
  1. al-Ra'du            
  2.  al-Rahman      
  3.  al-Shaf             
  4. al-Taghabun    
  5. al-Muthaffifin
  6. al-Bayyinah     
  7. al-Zalzalah

والله اعلم