14 April 2009

MALAM JELAJAH ANGKASA


Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya program astronomi Malam Jelajah Angkasa KAFA Integrasi Al Irshad berjaya diadakan.

Program ini adalah program astronomi kedua saya . Program yang pertama saya buat di SRA Kg Melayu Ampang, Ampang, Selangor pada 28 Julai 2007. ( Ketika itu saya sebagai Guru Penolong Kanan Satu  di sekolah tersebut )

Untuk mengetahui Info Hari Kantin dan Malam Jelajah Angkasa SRA Kampung Melayu Ampang.
Sila klik disini

Kali ini Program Malam Jelajah Angkasa telah diadakan di Masjid Al Ubudiah, Tasek Tambahan, Ampang Selangor.



Antara Ajensi angkasa yang terlibat adalah
  1.  Falak Online
  2. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  3. Jabatan Fizik Angkasa Universiti Malaya
  4. Jabatan Ukur dan Pemetaan 

ALLAH  MENGUJI  HAMBANYA



Untuk makluman sahabat sekelian, dua hari sebelum program ini dijalankan, anak sulung kesayangan
saya Luqmanulhakim telah dimasukkan ke Hospital Ampang untuk menjalani pembedahan Tonsil.



Saya rasakan pada ketika itu dah takda apa lagi tapi atas sokongan sahabat-sahabat saya kuatkan juga semangat untuk meneruskan program ini. 


Melihatkan kepada komitmen dan kesungguhan semua guru dan murid-murid KAFA Integrasi Al Irshad mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin bagi mendoakan agar anak saya selamat dalam pembedahan ini perasaan saya tiba-tiba menjadi sebak dan sayu sekali .

Pada hari itu air mata saya bercucuran keluar dan saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan sedih saya .


Trajedi menoreh Banner hingga koyak oleh individu yang tidak bertanggungjawab merupakan salah satu daripada rintangan yang terpalit di dalam memori Malam Jelajah Angkasa. Sehingga sekarang saya tidak tahu motif sebenar tindakan ini. 

Susah nak cakap. Nak kata kawasan tu tak boleh gantung banner, banner - banner yang digantung sebelum ni elok je - selamat dan takda pulak kesan toreh.



Kalau tak bolehpun , turunkanlah dengan cara yang baik dan terhormat seperti guntingkan talinya je - maka fahamlah kita tempat ni tak boleh gantung - tak payahlah rajin rajin nak toreh hingga koyak macam ni.

Cuba kita bayangkan- apakah dosa banner ini sehingga diperlakukan demikian rupa. Kalau tak nak datang program ini tak payahlah rajin rajin nak koyakkan banner ini. Banner ni bukannya percuma .

Bagi saya orang islam tak buat kerja kerja macam ini. Kerja kerja macam ini adalah kerja-kerja orang Yahudi.Dalam hadith ada menyebut "


Jadilah orang yang mengetahui atau orang yang belajar ataupun orang yang mendengar ataupun orang yang suka dan jangan jadi orang yang kelima maka kamu akan binasa"


Walau apapun yang terjadi, saya tetap bersyukur kerana program yang dirancang selama empat bulan ini dengan izin Allah akhirnya berjaya diadakan. Rata- rata pengunjung yang saya temui melahirkan rasa seronok dan gembira. Menurut mereka banyak maklumat serta pengalaman baru yang mereka terima dari program ini seperti sessi pencerapan planet Zuhal dan bulan.



Selain dari itu mereka juga berpeluang mengetahui tarikh lahir mereka menurut perkiraan tahun Islam (Hijriah )



Contohnya saya dilahirkan pada 15hb. Sept 1967 dan jawapannya adalah seperti berikut


Tahun depan 2010 genaplah 25 tahun pembukaan KAFA Integrasi Al Irshad dan jika diizinkan Allah saya merancang ingin mengadakan satu lagi program besar yang akan diberi nama " Malam Jelajah Angkasa dan Sambutan Jubli Perak KAFA Integrasi Al Irshad "

Samada sedar atau tidak , program astronomi Malam Jelajah Angkasa ini sedikit sebanyak telah memoromosikan di mata masyarakat nama KAFA Integrasi Al Irshad dan program Malam Jelajah Angkasa itu sendiri.


Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Malam Jelajah Angkasa dan Sambutan Jubli Perak KAFA Integrasi Al Irshad tahun depan.