Jumaat, 5 Julai 2019

SIAPAKAH DIA AHLI KITAB



Setiap kali kita membaca AlQuran, kita pasti akan berjumpa dengan kalimah Ahli Kitab.

Ahli kitab adalah merujuk satu umat dari keturunan Nabi Allah Yaakob.

Di dalam AlQuran, sebelum Nabi Muhammad diutuskan, mereka telah dipanggil dengan gelaran Bani Israil.

💚  Firman Allah 

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ﴿٤٧﴾ البقرة 

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Selain daripada itu mereka juga dikenali sebagai Orang Orang yang diberikan kitab.

Ini adalah kerana mereka telah diberikan kitab kitab Samawi melalui nabi nabi mereka.

KITAB TAURAT DITURUNKAN MELALUI NABI MUSA 
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan Kami telah berikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil
Surah al Isra´ ayat 2

KITAB ZABUR DITURUNKAN MELALUI NABI DAUD
💚💛💖💜💙


💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا ﴿٥٥﴾ الإسراء 

Maksudnya
Dan Kami berikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur.
Surah al Isra´ ayat 55

KITAB INJIL DITURUNKAN MELALUI NABI ISA
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلََ ﴿٢٧﴾ الحدید

Maksudnya
Kemudian Kami iringi sesudah - mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil
Surah al Hadid ayat 27

Namun begitu, semasa kedatangan Rasulullah, mereka telah dipanggil dengan gelaran Ahli Kitab tidak lagi Bani Israil.

KENAPA ?

Kalimah Israil dalam bahasa Ibrani adalah bermaksud Hamba Tuhan 

Ianya merupakan nama lain kepada Nabi Yaakob a.s..

Bani Israil adalah bermakna anak anak keturunan Nabi Yaakob a.s. satu keturunan yang baik baik yang patuh kepada perintah Allah.

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Ayat ayat Allah maka gelaran ini tidak lagi layak untuk mereka.

💚  Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَاللَّـهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٨﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Apabila mereka diperintahkan beriman dengan AlQuran, mereka akan berkata...

💚 Firman Allah 

قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ َۗ ﴿٩١﴾ البقرة

Maksudnya
Mereka berkata Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan mereka kufur dengan apa yang diturunkan kemudian daripadanya, walhal AlQuran itu membenarkan Kitab yang ada pada mereka.
Surah al Baqarah ayat 91

Selagi mana mereka kufur dengan AlQuran maka selagi itulah mereka akan dipanggil sebagai AHLI KITAB.

Dan keimanan mereka akan tergantung sehinggalah mereka beriman dengan AlQuran.

💚 Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ َۗ﴿٦٨﴾ المائدة

Maksudnya
Katakanlah Wahai Ahli Kitab! Tidaklah kamu atas sesuatu sehingga kamu mendirikan kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (AlQuran)
Surah al Maidah ayat 68




STATUS PENGANUT AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN.

Ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan Adakah Penganut agama Yahudi dan kristian khususnya yang BUKAN DARI KETURUNAN Nabi Yaakob a.s. itu sebagai Ahli Kitab?

Menurut pendapat Imam Syafie (767M - 820M),

Ahli Kitab di dalam AlQuran adalah merujuk kepada Orang orang Yahudi dan Nasoro dari keturunan Nabi Yaakob (Bani Israil).

Mereka yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tidak tergolong dalam Ahli Kitab walaupun mereka menganut agama Yahudi dan Kristian.

Ini adalah kerana Nabi Musa dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israil bukan kaum lain.
(Rujuk al-Umm, 4/182)

Namun pendapat ini telah disanggah oleh Ibn Hajar Asqalani (1372M - 1449M).

Beliau berpendapat bahawa kalimah Ahli Kitab di dalam AlQuran tidak ditujukan kepada Bani Israil semata mata malah ianya juga ditujukan kepada mereka yang menganut agama Kristian atau Yahudi.

Menurutnya lagi
Amalan menganut agama Kristian di kalangan masyarakat bukan Bani Israil telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.

Seandainya Ahli Kitab itu dari Bani Israil, kenapakah dalam AlQuran mereka turut dipanggil sebagai Ahli Kitab?

Dan Rasulullah sendiri pernah memanggil Raja Hercules sebagai Ahli Kitab sedangkan Baginda tahu Hercules penganut agama Kristian berbangsa Rom dan bukan dari Bani Israil.

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜
PENDAPAT YANG
RAJIH

Dalam perkara ini, pendapat yang paling rajih (kuat dan bernas) adalah pendapat kedua kerana perintah Allah kepada Ahli Kitab adalah menyeluruh tidak kiralah samada mereka dari keturunan Bani Israil atau bukan.

💚 Firman Allah 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ ﴿٧٠﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufur dengan ayat-ayat Allah sedangkan kamu menyaksikan kebenarannya?
Surah Ali Imran ayat 70

Seandainya Ahli Kitab itu dari keturunan Bani Israil, maka
  • Bagaimana pula status penganut agama Yahudi ataupun Kristian?
  • Apakah mereka dikecualikan dari ayat ini sedangkan mereka turut kufur bersama sama Ahli Kitab dari keturunan Bani Israil.

والله اعلم

💚💛💖💖💖💚💛
Rujukan
💚💛💖💖💖💚💛

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

Tiada ulasan: