Selasa, 13 November 2018

NABI YANG UMMIYYI





Kalimah ANNABIUL UMMIYYI, Allah telah sebutkan sebanyak dua kali di dalam alQuran iaitu pada surah Al A'raf ayat 157 dan ayat 158.

 Firman Allah 

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ َ﴿١٥٧﴾ الأعراف

Maksudnya
Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang Ummiyyi itu  yang (namanya) tertulis di ssi mereka dalam Taurat dan Injil 
Surah Al A'raf ayat 157

 Firman Allah 

فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ ﴿١٥٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiyyi itu yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya.
Surah al A´raf ayat 158

Rata rata di kalangan kita menterjemahkan kalimah Al Ummiyyi ini sebagai BUTA HURUF atau dengan lain perkataan Tidak tahu membaca dan Menulis.

Benarkah Rasulullah seorang yang Buta Huruf atau ini hanyalah dakyah Ahli Kitab bagi menghakis kepercayaan umat terhadap Rasulullah SAW.

MAKNA AL UMMIYYI

Secara tepatnya saya katakan bahawa kalimah al Ummiyyi adalah bermaksud ....

TIDAK PERNAH membaca dan menulis kitab kitab terdahulu sebelum alQuran BUKANNYA Buta Huruf.

Ini adalah berdasarkan kepada hujjah hujjah di bawah ini.

 HUJJAH PERTAMA 

BUTA HURUF MENGURANGI SIFAT WAJIB SEORANG NABI.

Setiap Nabi dan Rasul wajib memiliki empat sifat berikut...


Buta Huruf adalah satu sifat yang boleh mengurangi Sifat kesempurnaan seseorang dan ianya tidak sepatutnya ada pada setiap diri Nabi dan Rasul.

Tapi yang anehnya dan tidak masuk akal sama sekali bahawa gelaran buta huruf hanya ada pada Rasulullah saw sahaja iaitu ketua kepada para Nabi dan Rasul sedangkan nabi-nabi yang lain sebelum Baginda tidak begitu.

Sudah tidak ada lagi nabi lainkah sehingga Allah boleh angkat seorang yang BUTA HURUF menjadi ketua.

 HUJJAH KEDUA  

MAKNA AL UMMIYYI KENA RUJUK KEPADA EMPUNYA KALAM

Ini adalah kerana terdapat huruf alif dan Lam ( ال ) dipermulaan perkataan yang membawa maksud khusus.

 Firman Allah 


وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ  إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴿٤٨﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan engkau tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum turunnya AlQuran dan tidak pernah menulisnya dengan tangan kananmu Jika demikian maka ragu ragulah Orang-Orang yang Bathil itu.
Surah al Ankabut ayat 48


Dalam ayat ini....
Allah menerangkan maksud Ummiyyi adalah Rasulullah tidak pernah membaca dan menulis dengan tangan kanannya kitab-kitab terdahulu sebelum AlQuran.

Seandainya Rasulullah pernah berbuat demikian maka orang-orang Yahudi akan mengatakan bahawa AlQuran yang dibawa oleh Rasulullah ini adalah ciplak dari kitab- kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Lihatlah betapa bijaknya mereka memutar belitkan kalimah Al Ummiyyi sebagaimana mereka pernah memutar belitkan kitab - kitab Taurat, Injil dan Zabur.

 Firman Allah 

 مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ ﴿٤٦﴾ النساء

Maksudnya
Daripada orang orang Yahudi itu mereka suka memutarbelitkan kalam Allah dari tempatnya.
Surah An Nisa' ayat 46

 HUJJAH KETIGA  

PEMBAHAGIAN UMAT MANUSIA


Dalam surah Ali Imran ayat 20, umat manusia terbahagi kepada dua iaitu
  1. Umat yang didatangkan kitab
  2. Al Ummiyyin 

 Firman Allah 

وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ  ﴿٢٠﴾ ال عمران

Maksudnya
Dan katakanlah kepada Orang-Orang yang telah diberikan Kitab dan Orang-Orang yang Ummiyyi itu "Apakah telah Islam kamu " Jika telah Islam mereka, sesungguhnya mereka telah berpetunjuk
Surah Ali Imran  ayat 20

Orang- orang yang diberikan Kitab adalah merujuk kepada orang Yahudi dan Nasoro (Kristian) yang berasal daripada keturunan Nabi Ishak a.s dan anaknya Nabi Yaakob a.s. (Bani Israil)

Sebaliknya golaongan al Ummiyyin adalah golongan yang tidak pernah didatangkan Kitab.

Mereka ini adalah dari keturunan Nabi Ismail a.s. yang salsilahnya terus kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Seandainya Al Ummiyyin ini bermaksud golongan yang Buta huruf mengapakah Allah tidak namakan golongan Bani Israil ini sebagai golongan yang Bijak Kitab  tetapi sebaliknya Allah gelarkan mereka sebagai golongan yang telah didatangkan Kitab.


  KESIMPULAN  

Kalimah AL UMMIYYI dalan surah al A'´raf  ayat 157 dan 158 ini adalah bermaksud Tidak pernah membaca dan menulis kitab kitab terdahulu sebelum al Quran Bukanlah Buta Huruf.

Istilah Buta Huruf adalah propaganda Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang inginkan kita kufur dengan Rasulullah.

Pujian serta selawat yang kita ucapkan setiap hari tidak akan bermakna seandainya kita terus menerus melabelkan Rasulullah dengan gelaran yang tidak selayaknya bagi diri Baginda.


Untuk penjelasan lanjut, 
Sila hubungi / WhatsApp ke
017 6046148
Ustaz Juhari Noor b Haji Jaafar
(Haji Jim Nun al Urduni)


Selasa, 23 Oktober 2018

PERTUKARAN SIANG DAN MALAM ADALAH SATU RAHMAT



Tidak ramai yang menyedari bahawa pergantian siang dan malam adalah salah satu daripada nikmat - nikmat Allah yang kita selalu terlepas pandang.

 : : Firman Allah 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّـهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ﴿٧١﴾ القصص

Maksudnya
Katakanlah: apakah penapat kamu jika Allah jadikan malam kepada kamu berkekalan hingga hari kiamat 
Surah alQasas ayat 71

Dalam ayat di atas, Allah tanya apakah pendapat kita jika Allah jadikan malam itu berpanjangan sampai hari Kiamat

Maka Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan cahaya kepada kamu

 : : Firman Allah 

 مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ اللَّـهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ ﴿٧١﴾ القصص

Maksudnya
Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan kamu dengn inar cahaya? Maka apakah kamu tidak mendengar ?
Surah alQasas ayat 71

Begitu juga sebaliknya seandainya Allah jadikan siang itu berpanjangan hingga ke hari Kiamat

 : : Firman Allah 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّـهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ﴿٧٢﴾ القصص

Maksudnya
Katakanlah apakah pendapat kamu jika Allah jadikan siang kepada kamu berkekalan hingga hari kiamat 
Surah alQasas ayat 72

Sanggupkah kita hidup terus terusan tanpa rehat sampai hari Kiamat? 
Jangankan hari kiamat, kerja 24 jam pun kita dah keletihan, lemah lesu dan tidak bertenaga.

Maka Adakah tuhan lain selain Allah yang mendatangkan malam untuk kamu berehat 

 : : Firman Allah 

مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ اللَّـهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ  أَفَلَا تُبْصِرُون ﴿٧٢﴾ القصص 

Maksudnya
Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka apakah kamu tidak melihat ?"
Surah alQasas ayat 72



Di atas rahmatNya, maka Allah telah jadikan bagi kita persilihan siang dan malam supaya kita boleh berehat pada waktu malam setelah penat mencari rezeki pada waktu siang.

 : : Firman Allah 

وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٧٣﴾ الققصص

Maksudnya
Dan di atas rahmatNya, Ia jadikan untuk kamu malam dan siang bersilih ganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
surah AlQasas ayat 73

Oleh yang demikian, bangun sahaja dari tidur kita patut bersyukur kepadaNya yang telah menghidupkan kita dan  menjadikan siang dan malam bersilih ganti.

 : : Firman Allah 

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ ال عمران 

Maksudnya
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang adalah tanda-tanda kekuasan Allah bagi orang - orang  yang mempunyai jantung
Surah Ali Imran ayat 190



Isnin, 9 April 2018

MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM




 : : Firman Allah 


هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيّام ﴿٤﴾ الحديد


 Maksudnya      
Dialah yang menciptakan langit langit dan bumi dalam masa enam hari
Surah al Hadid ayat 4

Di antara tanda tanda kekuasaan Allah, Allah ciptakan Langit langit dan bumi dalam masa enam hari dan Allah ciptakan Langit langit tanpa sebatang tiangpun.

 : : Firman Allah 


خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ﴿١٠﴾ لقمان

 Maksudnya  :      
DIa menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu lihat akannya
Surah Luqman ayat 10

Dan dari langit langit inilah, Allah menurunkan air hujan menyirami bumi yang mati kering kontang

 : : Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ  مَوْتِهَا ﴿٦٥﴾ النحل

 Maksudnya      
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengannya  bumi sesudah matinya;
Surah an Nahlu ayat 65

Lalu kami keluarkan dengan air hujan itu buah buahan sebagai rezeki kepada kamu

 : : Firman Allah 

فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ َ﴿٣٢﴾ ابراهيم

 Maksudnya  :      
Maka telah mengeluarkan dengannya buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu.
Surah Ibrahim ayat 32

Begitu banyak sekali nikmat nikmat Allah hinggakan tak terhitung dek kita

 : : Firman Allah 

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّـه لَا تُحْصُوهَا ﴿٣٤﴾ ابراهیم

 Maksudnya  :      
Dan Ia telah memberikan kamu sebahagian dari apa yang kamu minta. Dan jika kamu hitung nikmat Allah nescaya tiiidak terhitung oleh kamu.
Surah Ibrahim ayat 34

 : : Firman Allah 

   أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً ﴿٢٠﴾ لقمان

  
 Maksudnya  :      
Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan untuk kamu apa yang di langit dan di bumi dan Ia telah melimpahkan atas kamu nikmat zahir dan batin?
Surah Luqman ayat 20

 : : Firman Allah 

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا
وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا ﴿١٤﴾ النحل

 Maksudnya  :      
Dan Dia lah yang menundukkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan kamu dapat mengeluarkan daripadanya  perhiasan untuk kamu pakai
Surah an Nahlu ayat 14

Di kegelapan malam. Allah jadikan Bintang-bintang sebagai Panduan kepada manusia.

 : : Firman Allah 

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ َ ﴿٩٧﴾ الأنعام

 Maksudnya  :      
Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman dengannya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.
Surah al An´am ayat 97

Maka yang mana satukah dari nikmat nikmat Allah ini yang hendak kita dustakan

 : : Firman Allah 

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾ الرحمن

 Maksudnya  :      
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah ai Rahman ayat 13



Sabtu, 31 Mac 2018

ADAKAH SI DIA JODOH TERBAIK BUAT DIRIKU


Hakikatnya manusia diciptakan dalam keadaan Jahil - tidak berilmu dan Allah tidak datangkan ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

  : : Firman Allah 

  وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا - الإسراء: ٨٥

Maksudnya
Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah Al Isra' ayat 85

Sedangkan Allah Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Justeru itu .....
Dalam urusan mencari pasangan hidup, kita disunatkan melakukan dua rakaat Solat Istikharah dan berdoa.

Ya Allah seandainya Si dia (sebutkan namanya)

Baik bagiku pada Agama, Kehidupan dan Kesudahan urusanku Maka Engkau....

💝 tetapkanlah Dia untukku
💝 Permudahkanlah urusanku
💝 Berkatilah aku padanya
      ( urusan itu )

Jika Dia buruk bagiku pada Agama, Kehidupan dan Kesudahan urusanku Maka Engkau

💔 Sisihkan dia dariku atau
💔 Sisihkan Aku dari Dia
💟 Tetapkan kepadaku kebaikan di mana juapun ia berada
💔 Jadikanlah Aku Orang yang
      redho (dengan ketentuanMu)


 HAJAT TIDAK KESAMPAIAN  

Adakalanya jawapan kepada Solat Istikharah yang kita lakukan itu tidak mengikut dengan citarasa kita.

Dalam hal ini kita kena faham
Apabila kita nak tahu akhlak seseorang itu (katakanlah Si A), sudah tentu kita akan bertanya kepada rakan karibnya atau orang yang berjiran dengannya.

Seandainya akhlak Si A  itu buruk maka sudah tentulah kita akan diberitahu tentang keburukan akhlak Si A itu.

Mendengarkan jawapan itu patutkah kita berkata ...

Lebih baik tak yah tanya.. menyakitkan hati je



Masalahnya sekarang ..
kita tak tahu lalu bertanya kepada yang tahu.

Kalau kita tak bertanya ..
takdelah jiran tu sibuk sibuk nak beritahu kita dan takdelah kita terima berita buruk itu.

kalau kita tak tanya...
adakah kita tahu bagai mana akhlak Si A itu ?

Begitu juga dengan solat Istikharah . kita bertanya kepada Allah yang Maha Mengetahui ..  patutkah kita berkata sedemikian

Dalam perkara ini kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah yang sudi memberitahu kita hal keadaan yang sebenarnya

Akhir sekali mari Kita perhatikan semula lafaz doa di atas

Jika ianya Buruk bagiku maka pada agama kehidupan dan kesudahan urusanku maka Engkau Sisihkan Si dia dariku atau Engkau sisihkan Aku dari Si dia

Justeru itu
  1. kenapa kita mesti kecewa dan berduka cita serta menolak apa yang Allah tentukan kepada kita.
  2. Adakah kita tidak yakin dengan janji dan pilihan Allah 
  3. Setiap apa yang Allah pilih adalah yang Terbaik untuk kita

Maka teruskanlah mencari dan melakukan Solat Istikharah sehinggalah Allah mendatangkan yang terbaik untuk kita kerana sesuatu yang indah dan baik itu tidak mudah diperolehi dan pasti akan menempuh onak dan duri.

Baca Lagi .
Solat Istikharah ...
Sila klik di sini 

Ahad, 25 Mac 2018

MANUSIA MENJADI SAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH


Sebelum Manusia dilahirkan iaitu semasa dalam zuriat Nabi Adam a.s lagi Allah telah mengambil penyaksian daripada Manusia

⏰ Firman Allah 

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ﴿ ١٧٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengambil daripada anak-anak Adam dari belakang belakang mereka akan zuriat zuriiat mereka dan Ia menyaksikan atas diri diri mereka,  "Bukankah Aku tuhan kamu?"
Surah al 'Araf ayat 172

Maka mereka menjawab

⏰ Firman Allah 

ْقَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا ﴿١٧٢﴾ الأعراف

Maksudnya
"Bahkan  kami menyaksikan".
Surah al 'Araf ayat 172

Dengan penyaksian ini, maka Allah datangkan PetunjukNya kepada manusia .




⏰ Firman Allah 

وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah perjelaskannya atas ilmu sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
Surah al A´ raf ayat 52

Namun begitu...

⏰ Firman Allah 


فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ
 ٣٠﴾ الأعراف﴿

Maksudnya
Sebahagian mereka berpetunjuk dan dan sebahagian lagi  berhak atas mereka kesesatan itu
Surah al A´ raf ayat 30

Ini adalah kerana mereka menjadikan syaitan sebagai wali / pelindung mereka..

⏰ Firman Allah 

إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ اللَّه وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُون ﴿َ٣٠﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan - syaitan itu pemimpin-pemimpin selain dari pada Allah dan mereka menyangka bahawa mereka adalah orang orang yang berpetunjuk
Surah al Araf ayat 30

Sungguhpun demikian, hakikatnya semua manusia tetap mengakui Allah itu tuhan mereka

⏰ Firman Allah 

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ  الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّـهُ ﴿٦١﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan jika engkau bertanya kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan sudah pasti mereka akan menjawab: Allah.
Surah al 'Ankabut ayat 61

Lebih lebih lagi ketika manusia berada di saat saat genting

⏰ Firman Allah 

وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ﴿٣٢﴾ لقمان

Maksudnya
Dan apabila mereka diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan, mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata.
Surah Luqman ayat 22

SEKUFUR KUFUR FIRAUNPUN BELIAU TETAP MENYAKSIKAN ALLAH ITU TUHAN.

Sebut sahaja nama Firaun, semua orang tahu bahawa Firaun adalah raja Mesir yang zalim yang mengakui bahawa dirinya adalah tuhan ...

⏰ Firman Allah 

  فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ ﴿٢٤﴾ النازعات

Maksudnya
Akulah tuhan kamu yang tinggi
Surah an Naziat ayat 24

Namun disaat ia lemas di Laut Merah ia telah berkata ...

⏰ Firman Allah 

قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ الاعراف

Maksudnya
Berkatalah Firaun Aku beriman, bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang telah berman Bani Israil denganNya dan aku adalah daripada orang orang Islam
Surah Yunus ayat 90



Namun segalanya sudah terlambat....
Allah tidak terima taubat Firaun.

⏰ Firman Allah 

آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾  یونس 

Maksudnya
Adakah sekarang ( engkau beriman), padahal engkau dari dulu telah derhaka dan engkau adalah daripada orang-orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91



Sabtu, 27 Januari 2018

10 WASIAT LUQMAN AL HAKIM DALAM ALQURAN



Luqman al Hakim bukanlah seorang nabi mahupun seorang raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam.

Allah telah mengurniakan kepadanya alHikmah dan mengangkat darjat beliau sebagai Wali Allah.

  Firman Allah  

      وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ
لله ﴿١٢﴾ لقمان

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan supaya Ia Bersyukur kepada Allah.
Surah Luqman ayat 12

Luqman al hakim pernah menjadi Qadhi pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Israel pimpinan Nabi Daud a.s..

Antara 10 wasiat Luqman adalah ...

1 Jangan Menyekutukan Allah

  Firman Allah  


يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ
عَظِيمٌ ﴿١٣﴾ لقمان


Maksudnya
Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau syirik kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Surah Luqman ayat 13

2 Berbuat Baik kepada Kedua Ibu bapa

  Firman Allah  

 وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ ﴿١٤﴾ لقمان


Maksudnya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun
Surah Luqman ayat 14

Seandainya kedua ibubapamu memaksa supaya kamu syirik kepada ku maka ..

  Firman Allah 

فَلَا تُطِعْهُمَا ۖوَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا ۚمَعْرُوفًا ۖ َوَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ  ﴿١٥﴾ لقمان

Maksudnya
Maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
Surah Luqman ayat 15





3 Dirikan Solat
4 Menyuruh kepada kebaikan
5➬ Mencegah kemunkaran

  Firman Allah  

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ
 الْمُنكَر ﴿١٧﴾ لقمان

Maksudnya
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
Surah Luqman ayat 17

6➬ Bersabar atas apa jua yang menimpamu

  Firman Allah  

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ  إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ
عَزْمِ الْأُمُور ﴿١٨﴾ لقمان

Maksudnya
Bersabarlah atas segala apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah seteguh teguh urusan
Surah Luqman ayat 17

7 Jangan memalingkan muka daripada manusia
8 Jangan berlagak sombong di muka bumi

  Firman Allah   

وَلَا تُصَعِّرْخَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿١٨﴾ لقمان

Maksudnya
Jangan engkau memalingkan mukamu kepada manusia dan jangan engkau berjalan di bumi dalam keadaan sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Surah Luqman ayat 18

09 Sederhanakanlah langkah semasa berjalan
10➬ Rendahkanlah suara

  Firman Allah   

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ  لَصَوْتُ الْحَمِيرِ ﴿١٩﴾ لقمان

Maksudnya
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
Surah Luqman ayat 19