Sabtu, 31 Mac 2018

ADAKAH SI DIA JODOH TERBAIK BUAT DIRIKU


Hakikatnya manusia diciptakan dalam keadaan Jahil - tidak berilmu dan Allah tidak datangkan ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

  : : Firman Allah 

  وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا - الإسراء: ٨٥

Maksudnya
Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah Al Isra' ayat 85

Sedangkan Allah Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Justeru itu .....
Dalam urusan mencari pasangan hidup, kita disunatkan melakukan dua rakaat Solat Istikharah dan berdoa.

Ya Allah seandainya Si dia (sebutkan namanya)

Baik bagiku pada Agama, Kehidupan dan Kesudahan urusanku Maka Engkau....

💝 tetapkanlah Dia untukku
💝 Permudahkanlah urusanku
💝 Berkatilah aku padanya
      ( urusan itu )

Jika Dia buruk bagiku pada Agama, Kehidupan dan Kesudahan urusanku Maka Engkau

💔 Sisihkan dia dariku atau
💔 Sisihkan Aku dari Dia
💟 Tetapkan kepadaku kebaikan di mana juapun ia berada
💔 Jadikanlah Aku Orang yang
      redho (dengan ketentuanMu)


 HAJAT TIDAK KESAMPAIAN  

Adakalanya jawapan kepada Solat Istikharah yang kita lakukan itu tidak mengikut dengan citarasa kita.

Dalam hal ini kita kena faham
Apabila kita nak tahu akhlak seseorang itu (katakanlah Si A), sudah tentu kita akan bertanya kepada rakan karibnya atau orang yang berjiran dengannya.

Seandainya akhlak Si A  itu buruk maka sudah tentulah kita akan diberitahu tentang keburukan akhlak Si A itu.

Mendengarkan jawapan itu patutkah kita berkata ...

Lebih baik tak yah tanya.. menyakitkan hati je



Masalahnya sekarang ..
kita tak tahu lalu bertanya kepada yang tahu.

Kalau kita tak bertanya ..
takdelah jiran tu sibuk sibuk nak beritahu kita dan takdelah kita terima berita buruk itu.

kalau kita tak tanya...
adakah kita tahu bagai mana akhlak Si A itu ?

Begitu juga dengan solat Istikharah . kita bertanya kepada Allah yang Maha Mengetahui ..  patutkah kita berkata sedemikian

Dalam perkara ini kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah yang sudi memberitahu kita hal keadaan yang sebenarnya

Akhir sekali mari Kita perhatikan semula lafaz doa di atas

Jika ianya Buruk bagiku maka pada agama kehidupan dan kesudahan urusanku maka Engkau Sisihkan Si dia dariku atau Engkau sisihkan Aku dari Si dia

Justeru itu
  1. kenapa kita mesti kecewa dan berduka cita serta menolak apa yang Allah tentukan kepada kita.
  2. Adakah kita tidak yakin dengan janji dan pilihan Allah 
  3. Setiap apa yang Allah pilih adalah yang Terbaik untuk kita

Maka teruskanlah mencari dan melakukan Solat Istikharah sehinggalah Allah mendatangkan yang terbaik untuk kita kerana sesuatu yang indah dan baik itu tidak mudah diperolehi dan pasti akan menempuh onak dan duri.

Baca Lagi .
Solat Istikharah ...
Sila klik di sini 

Ahad, 25 Mac 2018

MANUSIA MENJADI SAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH


Sebelum Manusia dilahirkan iaitu semasa dalam zuriat Nabi Adam a.s lagi Allah telah mengambil penyaksian daripada Manusia

⏰ Firman Allah 

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ﴿ ١٧٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengambil daripada anak-anak Adam dari belakang belakang mereka akan zuriat zuriiat mereka dan Ia menyaksikan atas diri diri mereka,  "Bukankah Aku tuhan kamu?"
Surah al 'Araf ayat 172

Maka mereka menjawab

⏰ Firman Allah 

ْقَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا ﴿١٧٢﴾ الأعراف

Maksudnya
"Bahkan  kami menyaksikan".
Surah al 'Araf ayat 172

Dengan penyaksian ini, maka Allah datangkan PetunjukNya kepada manusia .




⏰ Firman Allah 

وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah perjelaskannya atas ilmu sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
Surah al A´ raf ayat 52

Namun begitu...

⏰ Firman Allah 


فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ
 ٣٠﴾ الأعراف﴿

Maksudnya
Sebahagian mereka berpetunjuk dan dan sebahagian lagi  berhak atas mereka kesesatan itu
Surah al A´ raf ayat 30

Ini adalah kerana mereka menjadikan syaitan sebagai wali / pelindung mereka..

⏰ Firman Allah 

إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ اللَّه وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُون ﴿َ٣٠﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan - syaitan itu pemimpin-pemimpin selain dari pada Allah dan mereka menyangka bahawa mereka adalah orang orang yang berpetunjuk
Surah al Araf ayat 30

Sungguhpun demikian, hakikatnya semua manusia tetap mengakui Allah itu tuhan mereka

⏰ Firman Allah 

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ  الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّـهُ ﴿٦١﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan jika engkau bertanya kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan sudah pasti mereka akan menjawab: Allah.
Surah al 'Ankabut ayat 61

Lebih lebih lagi ketika manusia berada di saat saat genting

⏰ Firman Allah 

وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ﴿٣٢﴾ لقمان

Maksudnya
Dan apabila mereka diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan, mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata.
Surah Luqman ayat 22

SEKUFUR KUFUR FIRAUNPUN BELIAU TETAP MENYAKSIKAN ALLAH ITU TUHAN.

Sebut sahaja nama Firaun, semua orang tahu bahawa Firaun adalah raja Mesir yang zalim yang mengakui bahawa dirinya adalah tuhan ...

⏰ Firman Allah 

  فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ ﴿٢٤﴾ النازعات

Maksudnya
Akulah tuhan kamu yang tinggi
Surah an Naziat ayat 24

Namun disaat ia lemas di Laut Merah ia telah berkata ...

⏰ Firman Allah 

قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ الاعراف

Maksudnya
Berkatalah Firaun Aku beriman, bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang telah berman Bani Israil denganNya dan aku adalah daripada orang orang Islam
Surah Yunus ayat 90



Namun segalanya sudah terlambat....
Allah tidak terima taubat Firaun.

⏰ Firman Allah 

آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾  یونس 

Maksudnya
Adakah sekarang ( engkau beriman), padahal engkau dari dulu telah derhaka dan engkau adalah daripada orang-orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91