Selasa, 30 Julai 2019

MENGAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH


STATUS PERKAHWINAN

Ulamak Feqah dari kalangan Malikiah, Syafi´iyah, Hanabilah dan Hanafiah telah berselisih pendapat dalam menentu status perkahwinan wanita hamil anak luar nikah. 

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT MALIKIAH DAN HANABILAH
💜💛💖💖💖💙💚

Samada wanita itu hamil dari benih lelaki zinanya ataupun benih lelaki lain maka pernikahan itu TIDAK SAH 

Ini adalah kerana Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal telah mensyaratkan bahawa rahim Wanita tersebut mesti bersih daripada Hamil (istibra´’).

Mereka berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi

 💙 Sabda Rasulullah

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain ( menyetubuhi ) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al-Tirmizi

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT HANAFIAH
💜💛💖💖💖💙💚

Sekiranya wanita itu hamil anak lelaki yang BUKAN empunya benih, maka pernikahan itu SAH tetapi TIDAK BOLEH bersetubuh sehinggalah anak yang dalam kandungan selamat dilahirkan.

Mereka menjadikan hadith di bawah ini sebagai Hujjah mereka.

 💙 Sabda Rasulullah

ا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (menyetubuhi) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al Tirmizi

Sebaliknya jika wanita itu hamil anak lelaki yang Empunya benih, maka pernikahan mereka SAH dan mereka diharuskan bersetubuh kerana benih yang ada dalam rahim wanita itu adalah benihnya.

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT SYAFIIYYAH
 💜💛💖💖💖💙💚

Berbeza dengan Mazhab Syafie yang mengatakan pernikahan itu SAH  dan BOLEH Bersetubuh samada dengan Lelaki yang
  • Empunya benih
  • Bukan Empunya benih

Antara hujjah Imam Syafie adalah seperti berikut..

💚💛 PERTAMA
💜

 💖 Firman Allah 

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ  وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ﴿٣﴾ النور

Maksudnya
Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.
Surah al-Nur ayat 3

Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal

💚💛 KEDUA
💜

 💖 Firman Allah 

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُم ﴿٢٤﴾  النساء

Maksudnya: 
Dan dihalalkan bagi kamu perempuan - perempuan yang lain daripada yang tersebut itu 
Surah an Nisa´ ayat 24

Dihalalkan berkahwin SELAIN daripada wanita yang diharamkan berkahwin iaitu seperti yang disebut dalam Surah an Nisa´ ayat 23

Wanita hamil anak luar nikah TIDAK termasuk dalam golongan wanita yang diharamkan berkahwin.


💚💛 KETIGA
💜

 💙 Sabda Rasulullah

لاَ يُحَرِّمُ الْحَرَامُ الْحَلاَلَ

Maksudnya: 
Perkara yang haram TIDAK AKAN mengharamkan perkara yang halal.
HR : Ibn Majah (2015) daripada Abdullah Ibn Umar

IDDAH BAGI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy berpendapat:

Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina.

Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

💙 Sabda Rasulullah

الولد للفراش وللعاهر الحجر

Maksudnya:
Anak itu bagi sisuami dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.
HR : al Bukhari dan Muslim

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan pensabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Adapun bagi Malikiah dan Hanabilah, mereka mengatakan bahawa WAJIB ISTIBRA´’

Dan tempoh Istibra´’  bersamaan dengan tempoh iddah Wanita Hamil yang bercerai iaitu sehingga melahirkan anak.

 💙 Sabda Rasulullah

 لا توطأ حامل حتى تضع ، ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة

Maksudnya
Jangan menyetubuhi wanita hamil sehingga dia melahirkan anak dan yang tidak mengandung sehingga haidh
HR : Abu Daud dan al Hakim dari Abu Said al Khudri

Rujukan Hadith : Sila Klik 💖

Oleh yang demikian HARAM di sisi Malikiah dan Hanabilah seseorang Lelaki mengahwini wanita Hamil Anak Luar Nikah sehinggalah wanita tersebut melahirkan Anak.


Sungguhpun Imam Syafie dan Imam Hanafi membolehkan perkahwinan ini namun tidak bermakna mereka menyokong perbuatan zina.

Zina adalah satu perbuatan keji dan dilarang keras oleh syarak.

 💖 Firman Allah 

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا ﴿٣٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya dia adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk buruk jalan 
Surah al Isra´ ayat 32




Jika anak itu..

 ➫ Perempuan, maka dia...
  • Tidak boleh dibintikan kepada bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara lelaki serta bapa zinanya
  • Bapa zinanya tidak boleh menjadi wali kepadanya

  Lelaki, maka dia...
  • Tidak boleh dibinkan dengan bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara perempuannya.
  • Dia tidak boleh menjadi wali kepada saudara saudara perempuannya.  

وَالله اَعلم


Rujukan
💜💜💛💛💖💖💖💙💙💚💚

Sila klik pada pautan berkaitan
  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Majlis Kajian dan Fatwa Eropah
  3. Islamweb.net

Tiada ulasan: