Selasa, 3 Mac 2020

BULAN REJAB DAN KEMUNCULAN HADITH HADITH PALSU



Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

 Rasulullah ﷺ bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya
Waktu berputar sebagaimana keadaannya Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, padanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya berturutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab yang berada antara Jumadi dan Sya’ban”.
HR : al-Bukhari (4406) dan Muslim (1679)

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Dinamakan Rejab adalah kerana masyarakat Arab sewaktu Jahiliyyah mengagungkan bulan ini dengan tidak melakukan sebarang peperangan pada bulan ini.

Dalam keghairahan mengejar pahala kelebihan bulan Rejab seperkara yang patut kita tahu adalah kemunculan hadith hadith yang bukan datang dari Rasulullah ﷺ (Hadith Palsu)

Antara hadith hadith palsu yang dimaksudkan ini adalah seperti berikut

 Dikatakan Nabi  bersabda:

فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ

Maksudnya: 
Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua jenis kalam”.

Hadith ini palsu dan ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 85/2]

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi bersabda:

مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ عَدَلَ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ

Maksudnya: 
Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka”.

Hadith ini bathil dan tiada asal baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3212/6]

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب

Maksudnya: 
Janganlah kamu lalai pada Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.

HR : ad Dailami, Ibn Asakir dan Ibn Jauzi

Hadith ini dusta keseluruhannya menurut Ibn al-Qayyim.
[Lihat: al-Manar al-Munif, 95]

Ibn al-Jauzi menyebut: 
❝Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah ﷺ, di dalam nya terdapat seorang perawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta❞
Al-Imam al-Syaukani rahimullah juga menyebut di dalam kitabnya, al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: 
❝ Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu❞.
Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: 
❝Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang ditegah di antara bid‘ah-bid‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan mereka-reka solat ini.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

من صام منه يومًا كتب اللهُ له صومَ ألفِ سنةٍ ، ومن صام يومَيْن كتب له صيامَ ألفَيْ سنةٍ

Maksudnya
Barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun.

HR : Ibnu Shahin dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah: 

Menurut Ibnu ‘Iraq: 
Hadith ini adalah maudhu’ (palsu) tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah disisi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

 Dikatakan Nabi  bersabda:

رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي ، فمن صام رجب إيمانا واحتسابا استوجب رضوان الله الأكبر وأسكنه الفردوس الأعلى ؛

Maksudnya
Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barang siapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi”

Ibnu al-Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a 
al-Jauzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.

 ❏ Teks Hadith, Sila klik di sini 

Demikianlah sebahagian daripada hadith hadith palsu yang tersebar luas dalam masyarakat islam hari ini.

Beramal dengan hadith palsu bermakna melakukan satu pendustaan ke atas Junjungan Mulia Rasulullah ﷺ dan ianya patut dihindarkan.

HUKUM BERPUASA 3 BULAN SECARA BERTERUSAN

Dalam masalah ini, Syeikh Athiyyah Shaqar berpendapat bahawa berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan tidak ada dalil yang menghalangnya.
[Lihat: Ahsan al-Kalam, 444/3]

Tambahan pula, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi juga mengatakan bahawa perbuatan ini tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ, para sahabat RA dan juga para tabi’in.
[Lihat: Fatawa Mu’ashirah, 279/1]

Al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata bahawa puasa 3 bulan berturut-turut iaitu berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan diamalkan oleh para solihin dan ia tidak bercanggah selama mana dia mampu untuk melakukannya dengan TIDAK beri’tiqad (beranggapan) bahawa ia adalah sunnah. 

Akan tetapi, berpuasa pada bulan Rejab semata mata hukumnya adalah MAKRUH melainkan ia
  • berbuka pada salah satu hari daripada bulan tersebut (tidak berpuasa penuh) atau 
  • berpuasa pada bulan yang lain daripada tahun tersebut dan tidak semestinya terus selepas daripada Rejab.

والله اعلم

💙💚💖💖💖💛💜
Rujukan

Sila klik pada pautan berkenaan

💙💚💖💖💖💛💜

Rabu, 11 Disember 2019

AKU JANJI KITA KEPADA ALLAH



Samada kita sedar atau tidak, sebenarnya kita telah melafazkan satu aku janji taat setia kita kepada Allah setiap hari khususnya di dalam Solat.

Dan aku janji yang sama juga kita lafazkan di luar solat seperti ketika menghadiri majlis bacaan doa selamat ataupun tahlil arwah. 

Lafaz ikrar aku janji yang dimaksudkan ini adalah yang terkandung di dalam Surah al Fatihah ayat 5...

 💚 Firman Allah  

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ الفاتحة

Maksudnya
Akan Engkau yang Kami sembah dan akan Engkauyang kami mohon pertolongan.
Surah al Fatihah ayat 5

Inilah dia lafaz aku janji yang kita ucapkan setiap hari samada di dalam mahupun di luar solat.

Maknanya di sini kita mengakui hanya Allah sahajalah yang kita sembah dan hanya kepadaNya kita minta pertolongan.

Untuk mudah faham, cuba bezakan dua ayat ini....

PERTAMA
💖💛💜

Saya makan nasi 

 KEDUA
💖💛💜

Hanya Nasi yang Saya Makan

💙💚💖💖💖💛💜
Penjelasannya
💙💚💖💖💖💛💜

PERTAMA
💖💛💜
Dalam nasi tentu ada lauk pauk, sayur sayuran, ulam dan sebagainya.

KEDUA
💖💛💜
Hanya semata mata Nasi sahaja yang kita makan tanpa ulam, lauk pauk dan sayur sayuran.

Dalam Surah al Fatihah ayat 5, kita lafazkan Hanya Allah sahaja yang kita sembah dan minta pertolongan dan dalam masa yang sama kita telah menolak sembahan sembahan lain selain daripada Allah.

Lain ceritanya andai kata ini yang kita lafazkan...

    نعبد الله ونَسْتَعِينُهَ

kami sembah Allah dan kami minta pertolongannya

Jika ini memang betullah disamping kita sembah dan minta pertolongan Allah, kita juga akan menyembah dan minta pertolongan kepada tuhan tuhan selain Allah.

Sedangkan dalam bacaan doa iftitah, kita telah berikrar bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk ALLAH semata mata.

 💚 Firman Allah  

 قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام


Maksudnya
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Surah al An'am ayat 162

Tiada syirik bagiNya

 💚 Firman Allah  

    لا شَرِیكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام

Maksudnya
Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu aku diperintahkan dan aku adalah yang pertama sekali berserah diri kepada Allah.
Surah al An'am ayat  163

Sebab tu Orang yang faham apa yang dia baca sekali kali tidak akan melakukan perkara perkara Syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Barang siapa yang syirik kepada Allah maka...

 💚 Firman Allah  

وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا ﴿٤٨﴾ النساء

Maksudnya
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Surah an Nisa' ayat 48

Dan Allah sesekali tidak akan mengampuni dosa orang yang syirik kepadaNya

 💚 Firman Allah  

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ﴿٤٨﴾ النساء

Maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepadNya dengan sesuatu dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. 
Surah an Nisa' ayat 48

نعوذ بالله من ذلك
والله اعلم

💙💚💖💖💖💛💜💙💚💖💖💖💛💜


Selasa, 1 Oktober 2019

TIGA SEBAB RASULULLAH TIDAK MENULIS WAHYU ALLAH


Setiap kali wahyu diturunkan, Rasulullah ﷺ akan memerintahkan para Sahabat untuk menulinya.

Persoalannya
Kenapa Rasulullah ﷺ sendiri tidak menulisnya?

Di sini didatangkan Tiga sebab kenapa Rasulullah ﷺ berbuat demikian

💛💜 PERTAMA 
💙

Untuk membuktikan AlQuran adalah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ

💜 Firman Allah 

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ ﴿٣﴾ ال عمران

Maksudnya
Ia menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dengan benar, yang mengesahkan Kitab-kitab terdahulu sebelumnya dan Ia juga telah menurunkan Kitab Taurat dan Injil
Surah Ali Imran ayat 3

💛💜 KEDUA 
💙

Jika Rasulullah ﷺ terlibat dalam penulisan wahyu sudah pasti orang orang Yahudi akan mengatakan bahawa alQuran ini adalah hasil tulisan tangan Rasulullah yang dicedok dari kitab kitab terdahulu.

💜 Firman Allah 

وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴿٤٨﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca sebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran dan tidak pula menulisnya dengan tangan kananmu, Jika demikian maka ragu-raguOrang orang yang Bathil.
Surah al Ankabut ayat 48

Jika ini yang terjadi, maka tiada bezanya AlQuran yang Radulullah ﷺ tulis dengan kitab Taurat yang mereka tulis.

💛💜 KETIGA 
💙

Untuk memantapkan lagi hafalan para Sahabat

💛 Sabda Rasulullah 

قيدوا العِلمَ بِالكِتَابَةِ

Maksudnya
Ikatkanlah ilmu itu dengan tulisan
HR: abu Naim dan Ibn Jauzi dari Anas bin Malik


Dan kita sendiri sebagai seorang guru sudah pati akan buat perkara yang sama seperti mana yang Rasulullah ﷺ pernah lakukan

Maka menyuruh pelajar menulis apa yang mereka pelajari tidak bermakna guru itu tidak tahu membaca atau menulis.

💚💛💖💙💜
PENUTUP
💚💛💖💙💜

Daripada keterangan keterangan di atas menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah ﷺ tidak menulis wahyu BUKAN kerana Rasulullah TIDAK TAHU membaca ataupun menulis.

Maha Suci Allah dari melakukan kesilapan dalam memilih seorang yang BUTA HURUF sebagai RasulNya.

Maka Fikir fikirkanlah
والله اعلم

💛💚💛💜💙💖💙💚💛💜


Jumaat, 13 September 2019

SANDIWARA ATAUPUN REALITI



Setiap kali datangnya tarikh 10 Muharam, pengikutSyiah akam menyambutnya dengan mencederakan tubuh badan mereka dengan benda benda yang tajam. 

Tndakan seperti ini kononnya bagi “meratapi” kematian Saidina Hussain yang syahid di Karbala.

Tanggal 10 Muharam tahun 61H, Saidinga Hussain bin Ali cucu kesayangan Rasulullah ﷺ telah dibunuh dengan kejamnya di Karbala.

Yazid bin Muawiyah adalah antara individu yang dituduh menjadi dalang di sebalik pembunuhan cucunda Rasulullah ﷺ 

Beliau dikatakan telah menghantar sepasukan tentera ke Kufah bagi memerangi, membunuh dan memenggal kepala Saidina Hussain.

Samada percaya ataupun tidak, hakikatnya tidak seperti mana yang dikhabarkan. 

Khalifah Yazid bin Muawiyah tidak terlibat langsung dalam trajedi berdarah ini. 



Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Khalifah Yazid telah memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin  Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang orang Kufah.

Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad 
Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. 
Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangimu dan tulislah selalu kepadaku tentang apa yang berlaku 

SIAPAKAH DIA PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN

Berita konspirasi jahat yang telah dirancang oleh penduduk Syi
’ah Kufah telah berjaya dihidu oleh wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin Aqil.

Sebelum dibunuh oleh penduduk Kufah, Muslim sempat mengutuskan Umar bin Saad bin al Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke Kufah tentang berita kecurangan golongan 
ngan golongan Syi’ah. 

Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan menuju ke Syam untuk menemui Yazid.

Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah ini kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah  segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi
Tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala.

Menurutnya lagi: 

 “Sejarah memaparkan bahawa Syits bin Rab’ie (seorang Syiah dari Kufah) telah mengetuai 40 000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain”
Dia jugalah orang yang bertanggung jawab memenggal kepala Saidina Hussain 






S
Abdullah bin Umar r.a  (Ibnu Umar) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah mempertanggung jawabkan penduduk Kufah atas kematian  Saidina Hussain.

Bahkan ulamak Syi’ah sendiri, Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala:
Wahai orang-orang Kufah!  Semoga kamu dilaknat sebagai mana dilaknat niat niat jahat kamu 
Wahai Orang orang yang curang, Zalim dan pengkhianat! kamu telah menjemput kami untuk membela kamu diwaktu kamu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu keoada kami dan membantu musuh musuh di dalam menentang kami    


Jadi apa yang kita dengar selama ini yang menyatakan Yazid adalah orang yang mengarahkan agar Saidina Hussain dibunuh dan kepalanya dipenggal serta dipersembahkan kepadanya adalah PALSU dan tidak benar sama sekali.
Kebanyakan cerita - cerita seperti ini telah diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf, al-Saaib al- Kalbi dan anaknya Hisyam yang merupakan penganut fahaman Syiah Rafidhah yang ekstrim.

Mereka telah dituduh sebagai PENDUSTA oleh Ulamak ulamak Rijal (ilmu yang mengkaji biografi perawi hadith).

Kesedihan yang ditonjolkan pengikut Syiah kononnya meratapi kematian Saidina Hussain tidak lain hanyalah LAKONAN dan SANDIWARA semata mata gi meraih simpani konon merekalah orang yang paling sedih dengan kematian Saidina Hussain.


💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
Rujukan

  1. Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, m/s 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di  Karbala yang ditulis oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff.
  2. Mulla Baaqir  Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
  3. Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.


💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Ahad, 18 Ogos 2019

HAKIKAT PENCIPTAAN KHINZIR



Khinzir atau “babi” adalah binatang pengotor kerana ia suka memakan najis, bangkai, muntah dan sampah sarap.

Khinzir juga adalah haiwan pemalas. Ia lebih suka makan dan tidur sahaja. Khinzir lebih suka pada tempat-tempat yang kotor yang berair.

Dari tabiat pemakanan dan cara kehidupan Khinzir ini maka tidak hairanlah kepada kita bahawa pada daging Khinzir terdapat pelbagai kuman - kuman yang merbahaya kepada tubuh badan Manusia.

Oleh sebab itu ...
Allah mengharamkan Manusia memakan daging Khinzir.

 💖 Firman Allah 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ  وَلَحْمَ  الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّـهٌِ ﴿ ١٧٣﴾ البقرة

Maksudnya
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu Bangkai, Darah, Daging Khinzir dan Binatang yang disebut selain Allah
Surah Al Baqarah ayat 173

MATLAMAT PENCIPTAAN KHINZIR

Sesungguhnya Allah menciptakan alam ini tidaklah sia-sia atau main-main bahkan Allah ciptakan semua ini dengan kebenaran dan ada matlamat tertentu.

 💖 Firman Allah 

وَمَا خَـلَقْناَ السَّـــمَاءَ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنـَهُمَا بَاطِلاً ﴿٢٧﴾ ص

Maksudnya
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya bathil (sia-sia)."
Surah shod ayat 27

 💖 Firman Allah 

وَمَا خَـلَقْناَ السَّـــمَاءَ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنـَهُمَا لاَعِـِبْينَ ﴿٣٨﴾ الدخان

Maksudnya
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya main-main
Surah Ad Dukhaan ayat 38

Antara matlamat utama Allah ciptakan Khinzir dan makhluk-makhluk yang lain adalah untuk dijadikan perumpamaan kepada Manusia agar mereka dapat merenung dan menilai akan diri masing-masing.

 💖 Firman Allah 

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّـهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿٥٥﴾ الانفال

Maksudnya
Sesungguhnya seburuk - buruk binatang melata di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, karena mereka itu tidak beriman
Surah al Anfal ayat 55

Dalam ayat yang lain pula Allah telah berfirman

 💖 Firman Allah 

ِإِنَّ شَـرَّ الدَّوَابِ عِنْدَ اللهِ الصُّـمُّ البـُكْـمُ الذِيْنَ لاََ يَعْـقـِلُوْن ﴿٢٢﴾ الأنفال

Maksudnya
Seburuk - buruk binatang melata di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun
Surah Al Anfal ayat 22

Jika selama ini kita melabelkan Khinzir itu adalah haiwan yang paling jijik maka makhluk yang paling keji disisi Allah pula adalah orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Ini adalah kerana mereka lebih mencintai kesesatan dari petunjuk Allah

 💖 Firman Allah 

وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُم فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ  عَلَى الْهُدَىٰ ﴿١٧﴾ فصلت

Maksudnya
Adapun kaum Thamud maka Kami beri petunjuk kepada mereka lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk
Surah Fusilat ayat 17

Dan akhir sekali Allah berpesan kepada Orang orang yang beriman.

 💖 Firman Allah 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿١٦٨﴾ البقرة

Maksudnya
Wahai Manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan jangan kamu ikut jejak langkah Syaitan, Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.
Surah al Baqarah ayat 168

Untuk Seterusnya Saksikanlah klip video ini

UJIKAJI KEATAS DAGING KHINZIR 



AKIBAT MAKAN DAGING KHINZIR 




Selasa, 30 Julai 2019

MENGAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH



 MUQADDIMAH 

Artikel ini hanyalah satu perbincangan ilmiah empat mazhab bagi mengupas isu perkahwinan wanita hamil anak luar luar nikah dan isu isu yang berkaitan dengannya.

Artikel ini tidak bermaksud untuk menyakiti mana mana pihak dan jauh sekali untuk mendorong keterlibatan seseorang itu dalam kancah zina.

Apa Yang baik itu datang dari Allah adapun yang buruk itu adalah dari kealpaan dan kecetekan ilmu saya.

 UNTUK TERUS MEMBACA,


💙💚💛💜💖💖💙💚💛💜

MENGAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH


STATUS PERKAHWINAN

Ulamak Feqah dari kalangan Malikiah, Syafi´iyah, Hanabilah dan Hanafiah telah berselisih pendapat dalam menentu status perkahwinan wanita hamil anak luar nikah. 

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT MALIKIAH DAN HANABILAH
💜💛💖💖💖💙💚

Samada wanita itu hamil dari benih lelaki zinanya ataupun benih lelaki lain maka pernikahan itu TIDAK SAH 

Ini adalah kerana Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal telah mensyaratkan bahawa rahim Wanita tersebut mesti bersih daripada Hamil (istibra´’).

Mereka berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi

 💙 Sabda Rasulullah

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain ( menyetubuhi ) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al-Tirmizi

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT HANAFIAH
💜💛💖💖💖💙💚

Sekiranya wanita itu hamil anak lelaki yang BUKAN empunya benih, maka pernikahan itu SAH tetapi TIDAK BOLEH bersetubuh sehinggalah anak yang dalam kandungan selamat dilahirkan.

Mereka menjadikan hadith di bawah ini sebagai Hujjah mereka.

 💙 Sabda Rasulullah

ا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (menyetubuhi) wanita yang hamil bukan dari benihnya.
HR : Abu Daud dan al Tirmizi

Sebaliknya jika wanita itu hamil anak lelaki yang Empunya benih, maka pernikahan mereka SAH dan mereka diharuskan bersetubuh kerana benih yang ada dalam rahim wanita itu adalah benihnya.

💜💛💖💖💖💙💚
PENDAPAT SYAFIIYYAH
 💜💛💖💖💖💙💚

Berbeza dengan Mazhab Syafie yang mengatakan pernikahan itu SAH  dan BOLEH Bersetubuh samada dengan Lelaki yang
  • Empunya benih
  • Bukan Empunya benih

Antara hujjah Imam Syafie adalah seperti berikut..

💚💛 PERTAMA
💜

 💖 Firman Allah 

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ  وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ﴿٣﴾ النور

Maksudnya
Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.
Surah al-Nur ayat 3

Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal

💚💛 KEDUA
💜

 💖 Firman Allah 

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُم ﴿٢٤﴾  النساء

Maksudnya: 
Dan dihalalkan bagi kamu perempuan - perempuan yang lain daripada yang tersebut itu 
Surah an Nisa´ ayat 24

Dihalalkan berkahwin SELAIN daripada wanita yang diharamkan berkahwin iaitu seperti yang disebut dalam Surah an Nisa´ ayat 23

Wanita hamil anak luar nikah TIDAK termasuk dalam golongan wanita yang diharamkan berkahwin.


💚💛 KETIGA
💜

 💙 Sabda Rasulullah

لاَ يُحَرِّمُ الْحَرَامُ الْحَلاَلَ

Maksudnya: 
Perkara yang haram TIDAK AKAN mengharamkan perkara yang halal.
HR : Ibn Majah (2015) daripada Abdullah Ibn Umar

IDDAH BAGI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy berpendapat:

Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina.

Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

💙 Sabda Rasulullah

الولد للفراش وللعاهر الحجر

Maksudnya:
Anak itu bagi sisuami dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.
HR : al Bukhari dan Muslim

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan pensabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Adapun bagi Malikiah dan Hanabilah, mereka mengatakan bahawa WAJIB ISTIBRA´’

Dan tempoh Istibra´’  bersamaan dengan tempoh iddah Wanita Hamil yang bercerai iaitu sehingga melahirkan anak.

 💙 Sabda Rasulullah

 لا توطأ حامل حتى تضع ، ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة

Maksudnya
Jangan menyetubuhi wanita hamil sehingga dia melahirkan anak dan yang tidak mengandung sehingga haidh
HR : Abu Daud dan al Hakim dari Abu Said al Khudri

Rujukan Hadith : Sila Klik 💖

Oleh yang demikian HARAM di sisi Malikiah dan Hanabilah seseorang Lelaki mengahwini wanita Hamil Anak Luar Nikah sehinggalah wanita tersebut melahirkan Anak.


Sungguhpun Imam Syafie dan Imam Hanafi membolehkan perkahwinan ini namun tidak bermakna mereka menyokong perbuatan zina.

Zina adalah satu perbuatan keji dan dilarang keras oleh syarak.

 💖 Firman Allah 

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا ﴿٣٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya dia adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk buruk jalan 
Surah al Isra´ ayat 32




Jika anak itu..

 ➫ Perempuan, maka dia...
  • Tidak boleh dibintikan kepada bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara lelaki serta bapa zinanya
  • Bapa zinanya tidak boleh menjadi wali kepadanya

  Lelaki, maka dia...
  • Tidak boleh dibinkan dengan bapa zinanya
  • Tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa zinanya
  • Bukan mahram kepada saudara saudara perempuannya.
  • Dia tidak boleh menjadi wali kepada saudara saudara perempuannya.  

وَالله اَعلم


Rujukan
💜💜💛💛💖💖💖💙💙💚💚

Sila klik pada pautan berkaitan
  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Majlis Kajian dan Fatwa Eropah
  3. Islamweb.net

Jumaat, 19 Julai 2019

DI SEBALIK UNGKAPAN MAA ANA BI QAARI´


Semasa Rasulullah di Gua Hira, Baginda telah didatangi Malaikat Jibrail dan berkata.

إقراء ( Bacalah )

Maka Baginda pun menjawab...


Dan terjemahan yang biasa kita dengar bagi kalimah ini adalah

“Aku TIDAK TAHU Membaca”

Persoalannya sekarang ...
Adakah Benar Rasulullah itu tidak tahu membaca ?

SEJARAH PENURUNAN WAHYU

Sebagai mana yang kita sedia maklum bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah Surah al Alaq ayat 1 - 5


Ini bermakna semasa Jibrail menemui Rasulullah di Gua Hira, belum ada satu wahyu pun diturunkan kepada Rasulullah.

Dan kita juga sedia maklum bahawa Rasulullah tidak pernah didatangkan kitab kitab terdahulu sebelum alQuran apatah lagi membacanya.

 💜 Firman Allah 

وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴿٤٨﴾ العنکبوت

Maksudnya
Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum turunnya Al-Quran dan tidak pernah menulisnya dengan tangan kananmu, Jika demikian maka ragu-ragulah Orang orang yang Bathil.
Surah al Ankabut ayat 48

Dalam keadaan begini..
  • Apa yang Rasulullah nak baca? 
  • Wajarkah kita labelkan Rasulullah seorang Nabi tidak tahu membaca 

MAKSUD DI SEBALIK KATA KATA ما انا بقارٸ 

Makna yang paling tepat bagi kata kata Rasulullah ini adalah...

💜💖💚
Aku Bukan Orang yang 
Membaca
💜💖💚

Ini adalah berdasarkan kepada hujjah hujjah berikut

💖💚 PERTAMA
💛
Rasulullah tidak pernah didatangkan kitab kitab terdahulu sebelum AlQuran apatah lagi membacanya.

💖💚 KEDUA
💛
Perkataan ما berselang dengan ب bermaksud TIDAK atau BUKAN.

Adapun kalimah قَارِئ adalah isim Fail yang membawa maksud Orang yang membaca

Maka kalimah مَا أَنَا بِقَارِئ adalah bermaksud Aku bukan orang yang membaca.

Persoalannya ...
Dari mana datangnya kalimah TIDAK TAHU MEMBACA

💖💚 KETIGA
💛
Terjemahan bagi Aku Tidak Tahu membaca adalah
َمَا عَرَفتُ القِرَاءَة 
Maa araftul Qiraa ah
atau 
ما انا بعارف القِرَاءَة 
Maa Ana bi Aarifil Qiraa ah

Jika benar Rasulullah tidak tahu membaca kenapa Rasulullah tidak sahaja menyebut kalimah di atas.

💖💚 KEEMPAT
💛
Aku Tak Tahu Membaca dengan Aku bukan Orang Yang Membaca adalah dua maksud yang berbeza. 

Rasulullah Bukan orang yang membaca Tidak Bermakna Baginda Tidak Tahu Membaca.

Malah setiap kali turunnya wahyu Rasulullah bukan sahaja bacakan ayat ayat Allah malah MENGAJAR Para Sahabat alQuran dan al Hikmah.

 💜 Firman Allah 

 يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ ﴿٢﴾ الجمعة

Maksudnya
Ia (Rasulullah) membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (aqidah) mereka dan mengajar mereka al kitab dan al Hikmah
Surah Jumuah ayat 2

💖💚 KELIMA
💛
Ungkapan  مَا أَنَا بِقَارِئ  atau Aku bukan orang yang membaca adalah untuk
  • Memberi tahu bahawa AlQuran itu adalah wahyu Allah 
  • Menafikan bahawa Rasulullah pernah membaca kitab kitab terdahulu sebelum AlQuran. Jika Baginda pernah membacanya sudah pasti Orang Yahudi akan berkata bahawa AlQuran adalah hasil dari pembacaan Rasulullah kitab kitab terdahulu.

Lihatlah bagai mana liciknya Ahli Kitab memutar belitkan kata kata Rasulullah.

Matlamat mereka hanyalah satu iaitu melahirkan jenerasi umat yang kufur kepada Allah dan RasulNya sebagai mana mereka.

 💜 Firman Allah 

وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ  ﴿٨٩﴾ النساء
Maksudnya
Mereka suka kalau kamu kufur sebagaimana mereka kufur, maka jadilah kamu sama seperti mereka.
Surah an Nisa´ ayat 89

💛💚💛💜💙💖💙💚💛💜

Jumaat, 5 Julai 2019

SIAPAKAH DIA AHLI KITAB



Setiap kali kita membaca AlQuran, kita pasti akan berjumpa dengan kalimah Ahli Kitab.

Ahli kitab adalah merujuk satu umat dari keturunan Nabi Allah Yaakob.

Di dalam AlQuran, sebelum Nabi Muhammad diutuskan, mereka telah dipanggil dengan gelaran Bani Israil.

💚  Firman Allah 

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ﴿٤٧﴾ البقرة 

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Selain daripada itu mereka juga dikenali sebagai Orang Orang yang diberikan kitab.

Ini adalah kerana mereka telah diberikan kitab kitab Samawi melalui nabi nabi mereka.

KITAB TAURAT DITURUNKAN MELALUI NABI MUSA 
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿٢﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan Kami telah berikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil
Surah al Isra´ ayat 2

KITAB ZABUR DITURUNKAN MELALUI NABI DAUD
💚💛💖💜💙


💚  Firman Allah 

وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا ﴿٥٥﴾ الإسراء 

Maksudnya
Dan Kami berikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur.
Surah al Isra´ ayat 55

KITAB INJIL DITURUNKAN MELALUI NABI ISA
💚💛💖💜💙

💚  Firman Allah 

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلََ ﴿٢٧﴾ الحدید

Maksudnya
Kemudian Kami iringi sesudah - mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil
Surah al Hadid ayat 27

Namun begitu, semasa kedatangan Rasulullah, mereka telah dipanggil dengan gelaran Ahli Kitab tidak lagi Bani Israil.

KENAPA ?

Kalimah Israil dalam bahasa Ibrani adalah bermaksud Hamba Tuhan 

Ianya merupakan nama lain kepada Nabi Yaakob a.s..

Bani Israil adalah bermakna anak anak keturunan Nabi Yaakob a.s. satu keturunan yang baik baik yang patuh kepada perintah Allah.

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Ayat ayat Allah maka gelaran ini tidak lagi layak untuk mereka.

💚  Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَاللَّـهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٨﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Bani Israil! Ingatlah akan nikmatKu yang Aku kurniakan kepada kamu dan Aku lebihkan kamu atas sekelian alam.
Surah al Baqarah ayat 47

Apabila mereka diperintahkan beriman dengan AlQuran, mereka akan berkata...

💚 Firman Allah 

قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ َۗ ﴿٩١﴾ البقرة

Maksudnya
Mereka berkata Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan mereka kufur dengan apa yang diturunkan kemudian daripadanya, walhal AlQuran itu membenarkan Kitab yang ada pada mereka.
Surah al Baqarah ayat 91

Selagi mana mereka kufur dengan AlQuran maka selagi itulah mereka akan dipanggil sebagai AHLI KITAB.

Dan keimanan mereka akan tergantung sehinggalah mereka beriman dengan AlQuran.

💚 Firman Allah 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ َۗ﴿٦٨﴾ المائدة

Maksudnya
Katakanlah Wahai Ahli Kitab! Tidaklah kamu atas sesuatu sehingga kamu mendirikan kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (AlQuran)
Surah al Maidah ayat 68




STATUS PENGANUT AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN.

Ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan Adakah Penganut agama Yahudi dan kristian khususnya yang BUKAN DARI KETURUNAN Nabi Yaakob a.s. itu sebagai Ahli Kitab?

Menurut pendapat Imam Syafie (767M - 820M),

Ahli Kitab di dalam AlQuran adalah merujuk kepada Orang orang Yahudi dan Nasoro dari keturunan Nabi Yaakob (Bani Israil).

Mereka yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tidak tergolong dalam Ahli Kitab walaupun mereka menganut agama Yahudi dan Kristian.

Ini adalah kerana Nabi Musa dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israil bukan kaum lain.
(Rujuk al-Umm, 4/182)

Namun pendapat ini telah disanggah oleh Ibn Hajar Asqalani (1372M - 1449M).

Beliau berpendapat bahawa kalimah Ahli Kitab di dalam AlQuran tidak ditujukan kepada Bani Israil semata mata malah ianya juga ditujukan kepada mereka yang menganut agama Kristian atau Yahudi.

Menurutnya lagi
Amalan menganut agama Kristian di kalangan masyarakat bukan Bani Israil telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.

Seandainya Ahli Kitab itu dari Bani Israil, kenapakah dalam AlQuran mereka turut dipanggil sebagai Ahli Kitab?

Dan Rasulullah sendiri pernah memanggil Raja Hercules sebagai Ahli Kitab sedangkan Baginda tahu Hercules penganut agama Kristian berbangsa Rom dan bukan dari Bani Israil.

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜
PENDAPAT YANG
RAJIH

Dalam perkara ini, pendapat yang paling rajih (kuat dan bernas) adalah pendapat kedua kerana perintah Allah kepada Ahli Kitab adalah menyeluruh tidak kiralah samada mereka dari keturunan Bani Israil atau bukan.

💚 Firman Allah 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ ﴿٧٠﴾ ال عمران

Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufur dengan ayat-ayat Allah sedangkan kamu menyaksikan kebenarannya?
Surah Ali Imran ayat 70

Seandainya Ahli Kitab itu dari keturunan Bani Israil, maka
  • Bagaimana pula status penganut agama Yahudi ataupun Kristian?
  • Apakah mereka dikecualikan dari ayat ini sedangkan mereka turut kufur bersama sama Ahli Kitab dari keturunan Bani Israil.

والله اعلم

💚💛💖💖💖💚💛
Rujukan
💚💛💖💖💖💚💛

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

Isnin, 1 Julai 2019

KENAPA AHLI KITAB MENOLAK KERASULAN NABI MUHAMMAD?


 💚 Firman Allah 

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ﴿١٢٠﴾ البقرة

Maksudnya
Sekali kali tidak akan redha Orang-orang Yahudi dan Nasrani kepadamu sehinggalah engkau mengikut cara hidup mereka
Surah al Baqarah ayat 120

Pada ayat di atas jelas menunjukkan betapa bencinya Ahli Kitab terhadap Rasulullah.

Mungkin ada yang bertanya KENAPA? 

Adakah ini kerana
  • Rasulullah berbangsa Arab ataupun
  • Mereka tidak mengenali diri Rasulullah.
Seandainya Rasulullah berbangsa Arab yang menjadi sebab maka Nabi nabi mereka bukan dari keturunan Arab pun turut mereka benci

Malah kebanyakan dari nabi nabi mereka, mereka dustakan dan tidak kurang pula mereka bunuh.

 💚 Firman Allah 

كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ ﴿٧٠﴾ المائدة

Maksudnya
Setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak menyenangkan hawa nafsu mereka, maka mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh sebahagian yang lain.
Surah al Maidah ayat 70

Begitu juga dengan kenyaaan mereka TIDAK MENGENALI diri Rasulullah pun tidak boleh dijadikan hujjah.

Ini adalah kerana mereka mengenali Rasulullah lebih dari mereka mengenali anak anak mereka sendiri.

 💚 Firman Allah 

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ﴿١٤٦﴾ البقرة 

Maksudnya
Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan Kitab mengenali Rasulullah sebagai mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.
Surah al Baqarah ayat 146

Malah ketika Abu Talib membawa Rasulullah berjumpa seorang pendita Yahudi yang bernama Buhaira maka Buhaira ada bertanya kepada Abu Talib tentang siapa ayah budak ini (Rasulullah)

Maka Abu Talib mengatakan bahawa dialah ayah kepada Rasulullah.

Buhaira berkata
“Tidak sepatutnya budak ini mempunyai ayah”
Lantas Buhaira menyuruh Abu Talib segera membawa pulang Rasulullah seraya bekata
Seandainya Orang Yahudi terjumpa budak ini sudah pasti mereka akan membunuhnya
Dari kisah di atas jelas menunjukkan bahawa Ahli Kitab lebih mengenali Rasulullah.

Sememangnya dalam kitab Taurat dan Injil ada menceritakan tentang kepribadian Rasulullah dengan terperinci

NABI MUHAMMAD DALAM KITAB PERJANJIAN LAMA








Maksudnya
💖💛💜💙💚💖

Teramat manis tutur katanya, 
Dia adalah Muhammad
Inilah kekasihku dan sahabatku, 
Wahai putera-puteri Jerusalem.
« Song of Solomon 5:16 »

💙💚💖💖💖💛💜💙💚💖💖💖💛💜

Ini bermakna mereka telahpun diberitahu tentang kedatangan Nabi Muhammad sejak zaman Nabi Musa lagi.

Tidak cukup dengan itu, Nabi Isa a.s pernah memberitahu Bani Israil tentang berita kedatangan Nabi Muhammad.

 💚 Firman Allah 

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ ﴿٦﴾ الصف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Rasul Allah kepada kamu yang mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira kedatangan seorang Rasul selepasku bernama Ahmad (Nabi Muhammad).
Surah as Sof ayat 6

Jadinya Apakah sebab sebenar mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad ?

Jawapannya adalah kerana Rasulullah diutuskan dengan membawa KEBENARAN yang akan MEMBONGKAR segala penyelewengan yang mereka lakukan ke atas Kitab kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.

 💚 Firman Allah 

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّـهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ ﴿١٥﴾ المائدة

Maksudnya
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu banyak perkara. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang menerangkan.
Surah al Maidah ayat 15

Justeru takutkan rahsia mereka akan terbongkar maka sebab itulah mereka menolak Rasulullah dan risalah yang dibawa oleh Baginda

Itulah dia hakikat yang sebenarnya kenapa mereka sangat membenci serta menolak kerasulan Nabi Muhammad dan risalah yang dibawa oleh Baginda.

Bukan kerana Rasulullah itu berbangsa Arab ataupun mereka tidak mengenali diri Baginda sebagai mana yang kita ingat selama ini.

 والله اعلم

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
Rujukan

Nabi Muhammad dalam Kitab Perjanjian Lama Sila Klik Di Sini

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Khamis, 23 Mei 2019

MATAHARI DAN SOLAT

Sang Suria ataupun matahari memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari hari. Tanpanya manusia akan hidup dalam kegelapan tanpa cahaya.

 💜 Firman Allah 


وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ﴿١٦﴾ نوح

Maksudnya
Dan Ia menjadikan bulan padanya sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai lampu.
Surah Nuh ayat 16

Dengan adanya matahari, kita boleh menghitung hari, bulan dan tahun serta mengetahui kadatangan musim sejuk dan musim panas.

 💜 Firman Allah 

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ  وَالْحِسَابَ ﴿٥﴾ يونس

Maksudnya
Dia lah yang menjadikan matahari sebagai sinaran dan bulan itu cahaya dan Dia lah yang menentukan tempat-tempat peredaran tiap-tiap sesuatu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Surah Yunus ayat 5

PERANAN MATAHARI DENGAN IBADAH SOLAT

💚💛 MENENTUKAN ARAH
💜💖 QIBLAT

Matahari juga memainkan peranan penting dalam menentukan arah qiblat.

Dua tarikh dibawah ini adalah tarikh yang paling sesuai untuk menentukan arah qiblat iaitu

  •  28 Mei   ( 5.16 pm )  
  •  16 Julai ( 5.28 pm )  

Ini adalah kerana matahari ketika itu berada betul di atas kaabah.  Sekiranya kita pacakkan sebatang tiang pada dua tarikh ini maka bayang tiang tersebut itulah dia arah qiblat.


💚💛 MENENTUKAN MASUK 
💜💖 WAKTU SOLAT

Begitu juga dalam menentukan masuk waktu solat, matahari juga turut memainkan peranannya.

Mungkin kita disini akan berkata ...
Apa perlunya matahari, bukankah kita sudah ada jadual waktu solat yang lengkap". 

Hakikatnya jadual waktu solat yang ada pada kita adalah hasil penelitian pergerakan matahari selama setahun dengan berpandukan kepada isyarat isyarat yang telah dinyatakan oleh Baginda Rasul.



 💖 WAKTU ZOHOR 💖 
Gelincir matahari hingga panjang bayang objek sama panjang dengan objek. 

 💖 WAKTU ASAR 💖 
panjang bayang objek sama panjang dengan objek hingga sebelum matahari kekuningan. 

 💖 WAKTU MAGHRIB 💖 
Matahari kekuningan hingga hilangnya cahaya mega merah (Syafak Ahmar). 

 💖 WAKTU ISYAK 💖 
Hilang syafak ahmar sehingga tiga perempat malam. 

 💖 WAKTU SUBUH 💖 
 Terbitnya fajar dan berakhir apabila terbit matahari.

HR : Muslim Daripada Abdullah Ibni Amru

💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜

Jadual waktu solat sesebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah tidak sama.

Keadaan ini kita akan faham sendiri apabila kita berada di negara yang mempunyai empat musim.

Sebagai contoh masuk waktu solat Maghrib di Jordan pada musim sejuk adalah pukul 430pm.

Ketika itu di sana telah kelihatan mega merah di kaki langit yang menunjukkan telah masuknya waktu Maghrib.

Ini disebabkan ketika itu Matahari berada di Kutub Selatan maka Jordan dan negara negara di kutub utara yang berjauhan dari Matahari akan menerma pengaruh siang yang singkat berbanding negara negara di kutub selatan.


Seandainya kita gunakan jadual waktu solat Malaysia di Jordan pada musim sejuk maka jawabnya kita akan solat
  • Zohor pada waktu Asar
  • Asar pada waktu Maghrib 
  • Maghrib pada waktu isyak.

Berikut adalah jadual waktu solat di Jordan yang dicatat pada 21.5.2019 iaitu sebulan SEBELUM masuknya Musim Panas.



Itu di Jordan, waktu solat di Malaysia pun berubah ubah dari sehari ke sehari. Berikut ini jadual waktu solat bagi Kuala Lumpur pada tahun 2017.

               ---------  Tarikh  ---------   
 SOLAT   12hb.Feb  1hb. Nov  
SUBUH    6.10 am    5.40 am
ZOHOR    1.30 pm   1.00 pm
ASAR       4.50 pm    4.20 pm
Maghrib  7.30 pm    6.58 pm
ISYAK       8.40 pm    8.09 pm


💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜

Rujukan

Sila klik pada pautan berkaitan

  1. Jadual Waktu Solat (Semasa) di Jordan
  2. Hadith isyarat masuk waktu Solat

💚💛💙💜💖💖💚💛💙💜