Selasa, 25 Julai 2017

LAUT MATI - MURKA ALLAH KEPADA KAUM SODOM


Laut Mati ( البحر الميت‎ ) Dead Sea merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

Nama Laut Mati berasal dari terjemahan bahasa ibrani ( Hebrew ) Yam Ha Maved yang bererti Laut Pembunuh.

Dahulunya disini terdapat sebuah negeri yang dihuni oleh Kaum Sodom. Sodom adalah merujuk kepada kota besar di Jordan. Kaum Sodom merupakan umat Nabi Luth yang dimusnahkan oleh Allah SWT.



 KEMUNKARAN KAUM SODOM 

🌷Firman Allah

 إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ  قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ﴿٨١﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Surah al Araf ayat 81

Nabi Luth telah menasihatkan kaumnya agar berhenti melakukan perkara terkutuk itu namun tidak diendahkannya malah mereka telah menghalau Nabi Luth dan pengikutnya dari bumi Sodom



🌷Firman Allah

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِّن قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ﴿٥٦﴾ النمل

Maksudnya
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersih
Surah an Namlu ayat 56

Dengan sombongnya mereka telah berkata ...

🌷Firman Allah

قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّـهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿٢٩﴾ العنكبوت

Maksudnya
Datangkanlah kepada kami dengan azab Allah jika engkau dari orang-orang yang benar".
Surah al 'Ankabut ayat 29

AZAB ALLAH KE ATAS KAUM SODOM

🌷Firman Allah

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ هود

Maksudnya
Maka apabila tibanya perintah Kami Kami jadikan negeri itu terbalik dan kami hujani dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.
Surah Hud ayat 82


Panjangnya Laut Mati adalah 67 km  manakala lebarnya adalah 18 km. Pantainya berada di kedudukan 418m di bawah aras laut merupakan kawasan paling rendah di dunia.

Di sini .....
  1. Tiada satupun hidupan yang boleh hidup di dalamnya kerana kadar kemasinan airnya amat tinggi.
  2. Tiada seekor burungpun yang melintasi kawasan ini kerana ruang udaranya dikatakan beracun.
  3. Kandungan garamnya yang amat tinggi membolehkan orang yang mandi disitu terapung apung di atas air.


Tiada ulasan: