"Urdun" merupakan sebuah negara arab yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Amman merupakan ibu negeri bagi Jordan,kini pesat membangun menjadi salah satu pusat perniagaan dan pelancongan yang terkemuka di rantau Arab .
Pemerintah Jordan sekarang ini bernama Abdullah bin Hussain iaitu seorang raja berjiwa rakyat yang berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w . Oleh yang demikian maka tidak hairanlah seandainya negara ini telah dikenali sebagai " مملكة الأردنية الهاشمية" atau dalam bahasa Malaysianya "Kerajaan Jordan Bani Hashim "
Selain daripada memiliki pemandangan indah yang menggamit hati pelancong pelancong, Jordan juga kaya dengan warisan peninggalan silam seperti sejarah lama kota kerajaan Rom, makam nabi nabi Allah serta para syuhada' dan sebagainya.
Ikuti Paparan seterusnya dalam siri
Kembara di Bumi Anbiya
Kehidupan di Bandaraya Amman
Matawang bagi negara Jordan adalah Dinar.
Satu Dinar Jordan bersamaan RM 6.00 duit Malaysia.
Sara hidup di Bandaraya Amman amat tinggi sekali berbanding dengan Kota Kaherah di Mesir.
University University yang terdapat di Jordan
1) University Off Jordan
2)Universty Ahlul Bait
3) University Yarmouk
4) Universty Mu'tah
5) dan .......
Dalam setahun , Jordan mengalami 4 musim iaitu
1) musim sejuk
2) Musim Bunga
3) Musim Panas
4) Musim Luruh
Sungguhpun kos sara hidup di sini tinggi, tapi yang bestnya di sini buah buahan seperti Anggur, Limau Sunkist dan sebagainya cukup murah. Musim sejuk pula bila beli ikan, ayam dan daging tak payah simpan dalam peti sejuk tapi....
yang seksanya pada masa ni bila mana nak basuh berak - aduhhhh ... bagaikan nak tercabut punggung dibuatnya dek kerana air terlalu sejuk
Tang tu Tak dapek den nak nolong
Disediakan oleh : Ustaz Haji Juhari Noor b. Hj Jaafar
1 ulasan:
jgn pakai air...pakai tisu yang dapat menyerap :)
Catat Ulasan