Sabtu, 27 Januari 2018

10 WASIAT LUQMAN AL HAKIM DALAM ALQURAN



Luqman al Hakim bukanlah seorang nabi mahupun seorang raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam.

Allah telah mengurniakan kepadanya alHikmah dan mengangkat darjat beliau sebagai Wali Allah.

  Firman Allah  

      وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ
لله ﴿١٢﴾ لقمان

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan supaya Ia Bersyukur kepada Allah.
Surah Luqman ayat 12

Luqman al hakim pernah menjadi Qadhi pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Israel pimpinan Nabi Daud a.s..

Antara 10 wasiat Luqman adalah ...

1 Jangan Menyekutukan Allah

  Firman Allah  


يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ
عَظِيمٌ ﴿١٣﴾ لقمان


Maksudnya
Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau syirik kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Surah Luqman ayat 13

2 Berbuat Baik kepada Kedua Ibu bapa

  Firman Allah  

 وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ ﴿١٤﴾ لقمان


Maksudnya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun
Surah Luqman ayat 14

Seandainya kedua ibubapamu memaksa supaya kamu syirik kepada ku maka ..

  Firman Allah 

فَلَا تُطِعْهُمَا ۖوَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا ۚمَعْرُوفًا ۖ َوَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ  ﴿١٥﴾ لقمان

Maksudnya
Maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
Surah Luqman ayat 15





3 Dirikan Solat
4 Menyuruh kepada kebaikan
5➬ Mencegah kemunkaran

  Firman Allah  

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ
 الْمُنكَر ﴿١٧﴾ لقمان

Maksudnya
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
Surah Luqman ayat 17

6➬ Bersabar atas apa jua yang menimpamu

  Firman Allah  

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ  إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ
عَزْمِ الْأُمُور ﴿١٨﴾ لقمان

Maksudnya
Bersabarlah atas segala apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah seteguh teguh urusan
Surah Luqman ayat 17

7 Jangan memalingkan muka daripada manusia
8 Jangan berlagak sombong di muka bumi

  Firman Allah   

وَلَا تُصَعِّرْخَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿١٨﴾ لقمان

Maksudnya
Jangan engkau memalingkan mukamu kepada manusia dan jangan engkau berjalan di bumi dalam keadaan sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Surah Luqman ayat 18

09 Sederhanakanlah langkah semasa berjalan
10➬ Rendahkanlah suara

  Firman Allah   

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ  لَصَوْتُ الْحَمِيرِ ﴿١٩﴾ لقمان

Maksudnya
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
Surah Luqman ayat 19