29 Julai 2017

SOLAT ISTIKHARAH


Hakikatnya manusia diciptakan dalam keadaan Jahil - tidak berilmu dan Allah tidak datangkan ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

 : : Firman Allah 

 وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
الإسراء: ٨٥

Maksudnya
Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah Al Isra' ayat 85

Sedangkan Allah Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

: : Sabda Rasulullah


إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

"Jika salah seorang di antara kamu berkeinginan melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa"

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُك َبِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّم ُالْغُيُوبِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjukMu dengan ilmuM, aku memohon ketetapanMu dengan kudratMu, aku memohon kurniaanMu yang agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib"

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِی فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan ) lebih baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku Kemudian berkati aku padanya"

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.

"Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku darinya serta tetapkanlah kebaikan itu bagiku di manapun kebaikan itu berada. Kemudian kemudian redhailah aku"

Solat istikharah adalah solat mohon petunjuk. Ianya merupakan medan untuk kita bertanya dan mendapatkan satu jawapan yang terbaik daripada Allah.

CATATAN
  1. Solat istikharah ini untuk semua urusan tidak kiralah ianya berkaitan dengan jodoh, pekerjaan, pemberian nama dan sebagainya. 
  2. Ilmu yang ada pada kita adalah amat terbatas. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan dan kita tidak tahu samada nama yang kita berikan kepada anak cucu kita itu sesuai atau tidak dengan empunya diri....  والله اعلم 

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

BLOG:
www.annajahcemerlang.blogspot.com

Tiada ulasan: