03 Julai 2017

IKRAR MANUSIA KEPADA ALLAH



Setiap kali mendirikan solat, kita pasti melafazkan kalimah ini .....

 : : Firman Allah  

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿الفاتحة: ٥

Maksudnya
Akan Engkaulah Kami sembah dan akan Engkaulah kami mohon pertolongan.
Surah alFatihah ayat 5

Inilah dia lafaz ikrar yang kita ucapkan setiap hari di dalam solat.

🌷🍎
Juga selepas Takbiratul ihram, kita selalu baca


 : : Firman Allah  

 قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿الأنعام: ١٦٢

Maksudnya
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Surah al an'am ayat 162

Tiada syirik bagiNya

 : : Firman Allah  

 لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿الأنعام: ١٦٣

Maksudnya
Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu aku diperintahkan dan aku adalah yang pertama sekali berserah diri kepada Allah.
Surah al an'am ayat  163

Di sini sekali lagi kita mengakui hanya Allah sahajalah yang kita sembah dan kepadaNya jualah kita minta pertolongan.

Lain ceritanya andai kata ini yang kita lafazkan...

نَعْبُدالله ونَسْتَعِينُهَ

Maksudnya
kami sembah Allah dan kami minta pertolongannya

Maknanya ;
disamping kita sembah dan minta pertolongan Allah, kita juga akan menyembah dan minta pertolongan kepada tuhan tuhan selain Allah.

Untuk mudah faham, cuba bezakan....

  1. Saya makan nasi 
  2. Hanya nasi yang saya makan 


: : Penjelasannya

  1. Dalam nasi tentu ada lauk pauk, sayur sayuran, ulam dan sebagainya
  2. hanya nasi kosong sahaja yang kita makan.


Dalam ikrar kita lafazkan Hanya Allah sahajalah yang kita sembah dan minta pertolongan dan dalam masa yang sama kita menolak sembahan sembahan lain selain daripada Allah

Sekali lagi sebelum kita beri salami, kita mengulangi ikrar kita dengan ucapan..



Maksudnya
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah

Sebab tu Orang Beriman yang faham apa yang dia baca sekali kali tidak akan melakukan perkara perkara Syirik.

Luqman al Hakim berpesan kepada kita.

 : : Firman Allah  

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ﴿لقمان: ١٣

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya: " Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya  syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
Surah Luqman ayat 13

Dan Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik kepadaNya

 : : Firman Allah  

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ﴿النساء: ٤٨

Maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepadNya dengan sesuatu dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. 
Surah an Nisa' ayat 48

Barang siapa yang syirik kepada Allah maka...

 : : Firman Allah  

وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا ﴿النساء: ٤٨

Maksudnya
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Surah an Nisa' ayat 48

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

Sila layari juga
www.annajahcemerlang.blogspot.com

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Tiada ulasan: