25 Disember 2010

KONSPIRASI DISEBALIK PERISTIWA KARBALA




Tanggal 10 Muharam tahun 61H, Saidina Hussain bin Ali cucu kesayangan Rasulullah s.a.w telah dibunuh dengan kejamnya di Karbala

BERLAKUNYA PERISTIWA KARBALA 


Apabila Muawiyah  bin Abu Sufian r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyah r.a telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah  dipersetujui (bai’ah) oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Baiyt serta masyarakat Islam.

Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru.

Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain  malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta  menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka Saidina Hussain mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah.. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta  niat beliau ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka.

Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti  Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, Amru bin Sa’id, Abdullah bin Umar, Abu Sa’id  al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut.

Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam 


Mereka inilah kelompok yang telah menyokong Abdullah Ibnu Saba’, yang terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin Affan r.a, mengkhianati Saidina  ‘Ali serta Saidina Hassan r.a. 

Mereka berpendapat bahawa sokongan kuat yang datang dari penduduk Kufah hanyalah PALSU dan tindakan mereka ini merupakan MUSLIHAT mereka untuk menimbulkan kacau bilau di dalam masyarakat Islam.



Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai apatah lagi mengetuai pemberontakan penduduk Kufah. 


Rasulullah s.a.w. pernah melarang umatnya melakukan pemberontakan terhadap   pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah..

Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghalang hasrat beliau untuk ke Kufah.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya mnuju ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.

Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:  



"Saya mendapat tahu bahawa Hussain
 telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah
  di kawasan-kawasan perbatasan negeri. 
Sesiapa yang diragui, tahanlah dia
 dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia.
Tetapi jangan engkau perangi kecuali 
orang yang memerangimu 
dan tulislah selalu kepadaku tentang
 apa yang berlaku". 

Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid  8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di  Karbala yang ditulis oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff.

SIAPA SEBENARNYA PEMBUNUH SAIDINA HUSSAIN


Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan Umar bin  Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya  menuju ke Syam untuk menemui Yazid.




Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala.

Menurutnya lagi: Sejarah memaparkan bahawa Syits bin Rab’ie (seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 40,00 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain 


Mulla Baaqir  Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh  Sayyidina Hussain di Karbala.

Abdullah ibnu Umar r.a  (Ibnu Umar) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain.


Bahkan ulamak Syi’ah sendiri,  Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Hussain sebelum syahid di  Karbala:


"Wahai orang-orang Kufah!  
Semoga kamu dilaknat sebagai mana 
dilaknat niat-niat jahat kamu.
 Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! 
Kamu telah menjemput kami 
untuk membela kamu di waktu kesempitan 
tetapi bila kami datang 
 untuk membela kamu dengan
 menaruh kepercayaan kepada kamu 
maka sekarang  kamu hunuskan 
pedang dendammu kepada kami 
dan kamu membantu musuh-musuh 
 di dalam menentang kami." 

 Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Jadi apa yang kita dengar selama ini yang menyatakan Yazid adalah orang yang mengarahkan agar Saidina Hussain dibunuh, kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kepadanya adalah PALSU dan tidak benar sama sekali.

Kebanyakan cerita – cerita seperti ini telah diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf, al-Saaib al-Kalbi dan anaknya Hisyam yang merupakan penganut fahaman Syi’ah Rafidhah yang ekstrim dan mereka telah dituduh sebagai  pendusta oleh ulamak-ulamak Rijal (ilmu mengkaji biografi para perawi).



Kesedihan yang ditonjolkan pengikut Syiahononnya meratapi kematian Saidina Hussain tidak lain hanyalah LAKONAN dan SANDIWARA semata mata ingin meraih simpati merekalah orang yang paling setia dengan Saidina Hussain.