08 April 2010

MAKIAH DAN MADANIAH




Jika kita membaca AlQur'an samada kita sedar atau tidak, kita pasti akan bertemu dengan kalimah-kalimah seperti makiah dan madaniah


Di dalam AlQur'an sebanyak 86 surah telah di katogerikan sebagai surah makiah dan bakinya 28 surah adalah surah-surah madaniah.

Pada dasarnya, berdasarkan kepada kalimah Makiah dan Madaniah boleh dikatakan Surah Makiah ini adalah surah - surah yang diturunkan di Mekah dan surah Madaniah adalah surah - surah yang diturunkan di Madinah. Pendapat ini mungkin ada benarnya namun ada pendapat lain yang menolak pendapat yang pertama ini.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa surah Makiah adalah surah - surah yang diturunkan sebelum hijrahnya Rasulullah ke Madinah


Adapun surah Madaniah adalah surah- surah yang diturunkan semasa dan selepas Nabi berhijrah ke madinah.

Ini berdasarkan kepada penurunan Surah An Nasr 




Surah ini telah diturunkan di Mekah ( Hudaibiyah ) namun dalam AlQur'an tetap mengkatogerikan surah ini sebagai surah Madaniah kerana surah ini diturunkan selepas peristiwa hijrahnya Rasul ke Madinah.

Ciri - ciri Surah Makiah dan Madaniah


.Kebanyakan surah - surah Makiah mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, menc.eritakan perhal Syurga dan neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.

Selain daripada itu, di dalam surah Makiah banyak menceritakan tentang kisah perjuangan para nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ibrahim.



Surah AlFatihah,  Al Isra', Al Kahfi , Mariam, Al Anbiya' serta Surah Luqman adalah antara surah - surah Makiah.

Selain dari itu, bermula dari Surah Al Mulk ( Juz 29 ) hinggalah ke surah yang terakhir ( Surah An Nas ), boleh dikatakan kebanyakan surah surahnya adalah terdiri daripada Surah surah Makiah melainkan 

  • Surah Al Insan, 
  • Surah Bayyinah, 
  • Surah Zalzalah dan 
  • Surah an Nasr.
Adapun surah Madaniah pula menceritakan tentang 

  1. Jihad fi Sabilillah, 
  2. Hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam.
  3. Persaudaraan di dalam Islam 
  4. Cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah. 
  5. Cara pemakaian dalam Islam 
  6. Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri
Surah Madaniah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah kerana keimanan para sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat -ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidah

Surah An Nisa', Muhammad, Al Fath, ArRahman Al Insan,  Bayyinah, 
Surah Al Insan, al Bayyinah, al Zalzalah, an Nasr adalah contoh-contoh surah Madaniah

Tiada ulasan: