26 Disember 2008

MATAHARI DAN SOLAT BHG 1

Dalam buku Feqah mengatakan bahawa masuknya waktu solat adalah berdasarkan kepada pergerakan matahari. Sebagai contoh masuknya waktu solat Zhohor apabila gelincir matahari dan masuknya waktu solat maghrib apabila matahari ghurub / terbenam ( terdapat bayang merah dikaki langit).
Masa belajar dulu, pernah juga berkata "apa perlunya benda ni - kan dah ada jadual waktu solat, Asar masuk pukul 4.40pm - habis cerita tak payah nak keluar jengok - jengok matahari - menyusahkan je"

Tapi apabila merantau kat Jordan, barulah fahaaaam. Sekarang ni di Jordan mengalami musim sejuk ( ada saljiiiii ) Pukul 11.30 pagi dah masuk waktu Zohor dan pukul 2.30 petang dah masuk waktu Asar. Terbenamnya matahari yang menandakan masuknya waktu maghrib adalah pukul 4.30 petang.

Masa penulis belajar dulu cukup seronok . Kenapa ya ? kerana masa tu bulan puasanya jatuh pada musim sejuk. Apa lagi pukul 4.30 petang dah buka daaah. Pukul 6.00 petang siap complete sembahyang Isyak + terawikh + witir sekali.

Jadi cuba bayangkan kalau kita bawa waktu solat Malaysia kat Jordan pada musim sejuk. Tak tahulah betapa kelam kabutnya kita ya- Apa taknya solat Zohor pada waktu Asar dan solat Asar pada waktu Maghrib.Hal ini pernah berlaku keatas sahabat penulis yang nak ke Mesir- Singgah transit jap kat Amman, Jordan- masa tu musim sejuk, Solat zohornya pukul 3.00 ptg sedangkan waktu tu dah masuk Asar dan solat asar pada pukul 5.00pm (dah masuk waktu maghrib) Tak tahulah mamai kepenatan pun ya tak tahu pun ya juga ( pelajar baru - pertama kali sampai kat Jordan )

Nasib baiklah masa tu solat kat dalam bilik hotel je.Kalau solat kat tempat umum- orang ramai jadi pelik dan akan berkata "Kenapa ya, orang tu solat maghrib empat rakaat "

Kenapa keadaan ini berlaku?
Jawapannya adalah kerana Matahari pada ketika ini berada di kutub selatan - Mana-mana negeri berada sebelah kutub utara @ yang ada empat musim tidak menerima banyak pengaruh matahari . Jadinya negara -negara ini lebih banyak menerima malam dari siang

Berbeza pada musim panas (Jun - September), kali ini siang lebih panjang dari malam. Pukul 8.00 malam baru je masuk waktu maghrib dan Isyak pukul 9.00malam.


Pukul 6.00 pagi dah masuk waktu subuh. Kalau puasa waktu ni banyak-banyaklah bawa bersabar .

Waktu solat yang kita guna pakai hari ini adalah hasil pemerhatian ahli falak terhadap pergerakan matahari .Setiap maklumat direkodkan hingga cukup setahun.

" Ah ! sekarang ni semuanya dah mudah, pergi mana-mana - ada je masjid. Dengarnya bunyi azan- solat je lah".

Itu kata kita. Bagaimana bagi pengembara di padang pasir ataupun di negara negara orang kafir yang tiada masjid di sana , maka satu satunya cara yang boleh digunakan ialah dengan cara melihat kepada pergerakan matahari .

Kesimpulan disini bahawa matahari memainkan peranan yang penting dalam penentuan masuknya waktu solat

Tiada ulasan: