26 Disember 2008

MATAHARI DAN SOLAT BHG 1

Dalam buku Feqah mengatakan bahawa masuknya waktu solat adalah berdasarkan kepada pergerakan matahari. Sebagai contoh masuknya waktu solat Zhohor apabila gelincir matahari dan masuknya waktu solat maghrib apabila matahari ghurub / terbenam ( terdapat bayang merah dikaki langit).
Masa belajar dulu, pernah juga berkata "apa perlunya benda ni - kan dah ada jadual waktu solat, Asar masuk pukul 4.40pm - habis cerita tak payah nak keluar jengok - jengok matahari - menyusahkan je"

Tapi apabila merantau kat Jordan, barulah fahaaaam. Sekarang ni di Jordan mengalami musim sejuk ( ada saljiiiii ) Pukul 11.30 pagi dah masuk waktu Zohor dan pukul 2.30 petang dah masuk waktu Asar. Terbenamnya matahari yang menandakan masuknya waktu maghrib adalah pukul 4.30 petang.

Masa penulis belajar dulu cukup seronok . Kenapa ya ? kerana masa tu bulan puasanya jatuh pada musim sejuk. Apa lagi pukul 4.30 petang dah buka daaah. Pukul 6.00 petang siap complete sembahyang Isyak + terawikh + witir sekali.

Jadi cuba bayangkan kalau kita bawa waktu solat Malaysia kat Jordan pada musim sejuk. Tak tahulah betapa kelam kabutnya kita ya- Apa taknya solat Zohor pada waktu Asar dan solat Asar pada waktu Maghrib.Hal ini pernah berlaku keatas sahabat penulis yang nak ke Mesir- Singgah transit jap kat Amman, Jordan- masa tu musim sejuk, Solat zohornya pukul 3.00 ptg sedangkan waktu tu dah masuk Asar dan solat asar pada pukul 5.00pm (dah masuk waktu maghrib) Tak tahulah mamai kepenatan pun ya tak tahu pun ya juga ( pelajar baru - pertama kali sampai kat Jordan )

Nasib baiklah masa tu solat kat dalam bilik hotel je.Kalau solat kat tempat umum- orang ramai jadi pelik dan akan berkata "Kenapa ya, orang tu solat maghrib empat rakaat "

Kenapa keadaan ini berlaku?
Jawapannya adalah kerana Matahari pada ketika ini berada di kutub selatan - Mana-mana negeri berada sebelah kutub utara @ yang ada empat musim tidak menerima banyak pengaruh matahari . Jadinya negara -negara ini lebih banyak menerima malam dari siang

Berbeza pada musim panas (Jun - September), kali ini siang lebih panjang dari malam. Pukul 8.00 malam baru je masuk waktu maghrib dan Isyak pukul 9.00malam.


Pukul 6.00 pagi dah masuk waktu subuh. Kalau puasa waktu ni banyak-banyaklah bawa bersabar .

Waktu solat yang kita guna pakai hari ini adalah hasil pemerhatian ahli falak terhadap pergerakan matahari .Setiap maklumat direkodkan hingga cukup setahun.

" Ah ! sekarang ni semuanya dah mudah, pergi mana-mana - ada je masjid. Dengarnya bunyi azan- solat je lah".

Itu kata kita. Bagaimana bagi pengembara di padang pasir ataupun di negara negara orang kafir yang tiada masjid di sana , maka satu satunya cara yang boleh digunakan ialah dengan cara melihat kepada pergerakan matahari .

Kesimpulan disini bahawa matahari memainkan peranan yang penting dalam penentuan masuknya waktu solat

14 Disember 2008

SIANG DAN MALAM ADALAH NIKMAT ALLAH

Ramai yang yang berpendapat bahawa nikmat Allah itu adalah apa apa sahaja yang boleh dirasa atau dilihat dengan mata. Tetapi tidak ramai di kalangan kita yang menyedari bahawa silih ganti siang dan malam itu juga adalah salah satu daripada nikmat -nikmat Allah yang paling berharga kepada kita
Dalam ayat di atas, Allah bertanya kepada kita " apakah pendapat kita seandainya Allah menjadikan malam itu berpanjangan sampai hari Kiamat" Cuba kita renungkan betul betul ayat ini. Bayangkan, bagaimanakah kehidupan kita dan makhluk-makhluk Allah yang lain tanpa matahari. Tanpa sinaran matahari pokok pokok akan layu dan mati dan jika demikian cuba kita bayangkan apakah manusia mampu bertahan hidup tanpa siang sampai hari kiamat ? Matahari memainkan peranan yang penting dalam pengiraan hari, bulan dan tahun dan dengannya juga kita dapat mengetahui umur seseorang. Dalam ilmu Falak (Astronomi) pula, penentuan arah Qiblat serta masuknya waktu sembahyang dikira melalui pergerakan matahari. Jadi cuba bayangkan apakah kita boleh tahu berapakah umur kita,bila dan hari apakah kita dilahirkan, adakah sudah masuk waktu sembahyang dan sebagainya tanpa pergantian siang dan malam. Jawapannya sudah tentunya tidak.

Begitu juga sebaliknya seandainya Allah menjadikan siang itu pula berpanjangan hingga ke hari Kiamat- sudah pasti manusia akan terus terusan bekerja tanpa rehat, si pelajar akan terus menerus berhadapan dengan buku pelajaran dan peperiksaan. Pertanyaan ini Allah lontarkan kepada kita sebagaimana FirmanNya dalam Surah AlQashash ayat 72

" apakah pendapat kamu seandainya Allah jadikan siang itu berterusan sehingga hari Kiamat, Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam supaya kamu berehat padanya. Apakah kamu tidak melihat?

Kita tanya pula kepada diri kita : apakah kita sanggup hidup terus terusan begini tanpa rehat sampai hari Qiamat? Jangankan sampai hari kiamat, kerja 24jam pun manusia dah keletihan, lemah dan tidak bertenaga.

Maka di atas rahmat Allah lah, Allah menjadikan bagi kita siang dan malam. Allah tidak jadikan semua ini melainkan supaya kita bersyukur kepadaNya. Firman Allah dalam surah AlQashash ayat 73


" Dan Karena rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. " Surah AlQashash ayat 73

Oleh yang demikian, bangun sahaja dari tidur kita patut bersyukur. Bersyukur bukan sekadar kerana Allah menghidupkan kita malah kita bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan siang dan malam, bersyukur kita kepada Allah yang memberikan kepada kita ruang masa untuk berehat dan mencari rezeki.